Thursday, March 24, 2011

SPM 2010

Semalam (23 Mac 2011) pengumuman keputusan SPM 2010 telah dibuat. Keputusan pun telah diedarkan kepada empunya diri masing-masing. Segala debaran semuanya telah reda. Ada yang menangis kerana terlalu gembira dan ada yang menangis kerana terlalu kecewa. Apapun, kita mendapat hasilnya berdasarkan apa yang kita buat. Subjek Sains Pertanian yang aku ajar telah menurun...peratus kelulusan hanya 87.50% dengan 2 orang gagal....pun sama juga, mereka dapat setakat mana yang mereka usahakan. Jika mereka malas, maka memang betul mereka berusaha untuk mendapat kegagalan dan begitu lah sebaliknya. Ini dapat dibuktikan apabila pelajar aku yang boleh dikatakan agak lembap boleh mendapat markah tinggi kerana dia rajin membaca dan selalu bertanya di dalam kelas aku... Tiada yang mustahil di dunia ini asalkan ada kemahuan di situ ada jalannya. Tahniah kepada yang cemerlang dan semoga berjaya dalam hidup kepada yang gagal. Rezeki masing-masing, gagal tidak bermakna anda sudah tiada rezeki di kemudian hari.

0 comments:

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP