Friday, March 25, 2011

Persediaan LDP

Besok ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang menyentuh mengenai 'Head-Count'. Seorang pegawai di bahagian Teknik dan Vokasional, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dijemput sebagai penceramah. Itu pun beliau sendiri yang 'mengofferkan' diri untuk diberikan satu slot kursus LDP. Khabarnya pegawai tersebut suka menyoal semasa beliau menyampaikan ceramah. Semua guru kanan dan ketua2 panitia mata pelajaran diminta untuk berada di saf hadapan semasa kursus tersebut. Kami semua diminta bersedia dengan dokumen2 dan data2 kerana takut2 disoal nanti. Masing2 kalut dengan persediaan tersebut, terutamanya ketua2 panitia, SUP dan lain2 yang berkaitan. Walaubagaimanapun, khabarnya mana2 sekolah yang beliau hadir untuk memberi ceramah akan mencapai peningkatan dalam keputusan peperiksaan.....memang berbaloi jika benar apa yang dikatakan ini. Apa2pun kita tunggu dan lihat sahajalah....

0 comments:

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP