Selamat bertemu kembali kepada semua rakan Blogger!. Dah lama rasanya sy tidak update blog...dah berbulan2 dah. Saja bercuti panjang daripada menulis blog. Walaupun sy tidak menulis, tetapi sy tetap sentiasa membaca dan mengikuti blog kawan2. Sy cukup kagum dengan kawan2 yang masih lagi setia bersama dengan blog walaupun dihimpit pesaing rapat ketika ini, iaitu Facebook. Sebenarnya memang banyak perkara yang telah sy terlepas daripada berkongsi di blog ini. Walaubagaimanapun, akan tetap saya peringatinya satu persatu. Mengenai tugas pada tahun 2011, rasanya pada tahun ini biasa sahaja, tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Walaubagaimanpun, sy tetap akan fokuskan kepada proses P&P terlebih dahulu, lain2 tugas sampingan akan diketepikan dulu....biarlah apa orang nak kata. Projek pelajar2 di tingkatan 3 dan 5 diberi keutamaan kerana itu lah yang akan ditaksir oleh penyelaras daerah. Mengenai result PMR yang lepas, semuanya lulus (sekadar lulus), tapi kualiti tidak ada. Entah lah, susah nak cakap...apa yang pasti sy telah berikan yang terbaik kepada mereka. Yang lepas biarkan berlalu, yang penting mana yang diasuh pada tahun ini akan mempersembahkan prestasi terbaik mereka. Rasanya setakat ini dahulu buat ketika ini.
D' Rimba
2 years ago

0 comments:
Post a Comment