Hari ini bermulanya peperiksaan PMR. Aku turut mengajar dua kelas di tingkatan tiga. Satu daripadanya ialah kelas yang terbaik dan satu lagi ialah kelas yang terakhir. Mana-mana kelas pun aku tak kisah sebenarnya asalkan mereka berperangai baik je. Walaubagaimanapun kebanyakan guru mesti hendakkan kelas yang baik kerana khuatir result pelajar mereka akan jatuh dan seterusnya takut dirinya akan dipersalahkan. Alangkah malangnya ada guru sebegini. Tapi aku tidak pernah risau ataupun takut sampai sedemikian rupa…janji kita dah buat yang sebaik mungkin. PMR oh PMR, agaknya apa lah yang sedang dijawab oleh pelajar aku sekarang ini….dengan muka yang tak pernah risau dan macam tiada apa-apa yang akan berlaku, mereka nampaknya rileks sahaja. Tiada sedikit pun gusar dalam diri mereka untuk menghadapi PMR, kononya umpama semuanya sudah cukup bersedia dan yakin!
Sebulan setengah yang lepas aku pernah menghalau lima orang pelajar aku daripada memasuki kelas aku. Semuanya ialah pelajar dari kelas yang terbaik (kononya), tapi bagi aku itu ialah kelas yang paling gagal. Ini adalah kali pertama aku menghalau pelajar keluar daripada kelas aku. Puncanya ialah kerana mereka mencabar dan mempersenda teguran aku kepadanya. Sudah beberapa kali aku tegur supaya mereka diam semasa aku mengajar, tapi mereka tidak mengendahkannya malah mempersendakan teguran aku dengan mengajuk apa yang aku ajar di depan !. Masuk kali ketiga aku terus halau keluar dari kelas dan tidak membenarkan mereka memasuki kelas aku sehinggalah mereka menduduki PMR. Tiada gunanya masuk kelas untuk mengganggu orang lain. Nampaknya tindakan aku memberi kesan yang sebaliknya kepada mereka. Ini lebih menyeronokkan mereka. Mereka seolah-olah mengalukan supaya mereka dihalau. Mereka lebih seronok bersembunyi di dalam tandas semasa kelas aku berjalan. Aku cuma ingin menunggu dan melihat apa tindakan mereka selepas itu? Mana lah tau ada yang datang meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi…maklumlah budak2 dari kelas pandai. Tapi anggapan aku memang meleset sama sekali, sehingga ke hari semalam iaitu semasa berlangsung majlis mohon restu bagi pelajar2 yang akan menduduki PMR, muka mereka tidak muncul pun untuk memohon maaf daripada aku!. Alangkah bertuahnya. Jika dibandingkan dengan kelas yang paling corot aku mengajar, perangai mereka lagi bagus daripada kelas yang paling awal aku mengajar. Rata-rata guru yang mengajar kelas mereka memberikan respon yang sama dengan aku…”3A sangat teruk pada tahun ini!”. Itu sahaja yang mampu diluahkan. Selalu sahaja kelas mereka menjadi tajuk perbualan guru di kantin. Malah ada yang membuat andaian bahawa result PMR akan jatuh pada tahun ini dengan kualti yang teruk. Mungkin andaian ini benar berdasarkan sikap mereka. Kita tunggu dan lihat sahaja lah nanti. Selamat menduduki PMR, semoga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya menjadi manusia yang berguna di sisi agama, masyarakat dan negara.

2 comments:
Salam cikgu,
Kecemerlangan bukan dilihat dari keputusan peperiksaan sahaja tetapi jika mampu mengubah perangai buruk pelajar menjadi baik pun dikira sudah cemerlang...
Your are same as me! keep up the good work going! thanks for sharing this with me!!
Manufacturing Plant Manager Job Description
Post a Comment