Tuesday, August 31, 2010

Merdeka lah Dalam Erti Kata Sebenar!

Salam 1Malaysia…. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-53 kepada semua rakan2 blogger. Lama sudah rasanya tidak update blog ni sebab lebih leka dengan fb dan portal sekolah!. Sebenarnya banyak perkara yang ingin ditulis, tapi memandangkan penyampaian di blog lebih panjang daripada fb, maka just tulis dalam fb je lah. Malam tadi aku “LIKE” satu laman dalam fb, iaitu Namewee!! Siapa tak kenal dia, memang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini. Sekarang ni sekali lagi dia mencetuskan kontroversi. Aku just LIKE untuk membaca petikan2 dan melihat2 video2 di dalamnya, tidak teringin pun untuk meninggalkan sebarang komen…aku hanya lah pemerhati di atas pagar. Apa yang aku ingin katakan di sini ialah….aku sangat terperanjat melihat komen2 yang ditinggalkan oleh penyokong2nya…dengan seramai 247, 527 (sehingga sekarang ni) orang yang LIKE halaman dia, memang bermacam2 komen yang aku tengok…just sepintas lalu je…x larat nak baca beribu2 komen!. Punca kepada tercetusnya lagu kontroversi kali ke dua ini ialah daripada salah seorang pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor yang memarahi pelajar Cina dan India yang tidak tahu berbahasa Melayu…pengetua tersebut mengatakan supaya pelajar Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu supaya pulang ke China dan pelajar India memakai rantai anjing!. Apa maksudnya dengan memakai rantai anjing tu pun aku x tahu dan aku pun malas nak ambik tahu. Hmmm…pedas juga kata2 pengetua tersebut. “RACIST TAK KENA, ANTI RACIST KENA”…ini lah kata2 yang diluahkan oleh Namewee apabila rumahnya didatangi oleh 3 buah kereta polis 15 minit sebelum rakyat negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Apa yang terjadi selepas itu aku pun x tahu...sama ada ditangkap ataupun tidak. Halaman fb beliau turut menjadi medan “pertempuran” di antara Cina dan Melayu…dengan kata2 kesat yang diluahkan menjadikan halaman tersbut sangat parah bagi aku. Dalam hati aku terus terdetik, negara kita tidak aman pun sebenarnya…..Di ambang kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 ini, marilah kita sama2 bersatu dan tidak mencetuskan sebarang kontroversi yang boleh menggugat keamanan negara. Merdeka lah dalam erti kata yang sebenar....

5 comments:

imanshah said...

Salam kemerdekaan cikgu!!

Anak Mandiling said...

Salam merdeka sdr Ah Chun,

Biar apapun kontroversi dalam negara yang menunjukkan kerancuan hubungan kaum di Malaysia, saya tetap punya sahabat yang akrab bernama Khu Eian Chun! Jemput ke rumah raya nanti, ado lomang 1Malaysia

Cikgu Chun said...

imanshah,

Salam kemerdekaan...salam 1Malaysia. Imanshah tetap hebat...dan tetap aktif dalam blog. Bagus.... :)

Cikgu Chun said...

Anak Mandiling (Faizal),
Salam merdeka....
Saya pun sama, peduli apa org buat, asalkan kita x buat je... Teringin juga nak makan lomang 1Malaysia tu...hehehe. Kalau berkesempatan nanti akan sampai lah tu kek Kualo Pilah... :)

demanglebardaun said...

To say sorry coz masuk dan beri komen dalam blog hang tanpa diundang.

Memang saya setuju bahawa perpaduan antara kaum di Malaysia masih rapuh. Tapi sebagai pendidik kita tidak boleh pejam mata dan pekak telinga. Pengetua tu salah pendekatan, tapi sebagai rakyat Malaysia tentu 'hangin satu badan' bila berhadapan dgn rakyat Malaysia yang tak tahu berbahasa Malaysia, walhal salah satu syarat-syarat kewarganegaraan mestilah mahir berbahasa Malaysia, pulak tu kerjanya cuma menyusahkan pihak guru dan pentadbir sekolah. Mungkin masalah bahasa, walaupun kelihatan macam tak ada apa-apa, tapi kesannya tetap ada. Betullah kata pepatah 'bahasa jiwa bangsa', dan 'bahasa menyatukan satu negara,.

Awak, walaupun bukan melayu tetapi fasih berbahasa Melayu. Mungkin itu sebab Anak mandilingpun sayang kat awak (kalau dia bukan gay le. Kah4).

Whatever, sudah 53tahun merdeka...tapi perpaduan kaum sangar mendukacitakan. Kita perlu mencari cara menyelesaikannya secara bersama...

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP