Sunday, May 30, 2010

Subsidi: Jadi ke tak jadi....

Sekarang ni sedang heboh mengenai isu subsidi. Ada yang menyokong dan ada yang tidak....itu sudah pasti. Bagi aku pula, jika aku fikirkan mengenai kepentingan diri sendiri sudah tentu lah aku tidak menyokong pemansuhan subsidi tersebut. Umpamanya: Dalam kegawatan ekonomi sekarang ni ada baiknya juga kepada orang-perseorangan walaupun sudah tentu tidak baik kepada kerajaan dan negara. Mana tidaknya, jika buat pinjaman bank, interest juga semakin rendah dan semakin rendah...ini sudah tentulah akan mengembirakan /meringankan beban kepada orang yang meminjam (walaupun ianya satu strategi kpd pihak bank dalam meningkatkan pelaburan). Dan jika aku memikirkan kepentingan bersama, maka aku akan menyokong pemansuhan subsidi secara berperingkat tersebut. Mungkin ada benarnya juga bahawa rakyat Malaysia terlalu suka meminta-minta. Kalau boleh, semuanya nak free...termasuklah pakaian dalam mereka!. Jika nak diberikan contoh, memang terlalu banyak untuk dituliskan. Jika kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM103 bilion dalam masa 5 tahun, aku rasa itu perlu beri sokongan. Dengan syarat kerajaan perlu menukarkan RM103 bilion itu kepada bentuk yang boleh dinikmati oleh seluruh penduduk Malaysia dan bukannya hanya tertumpu kepada kawasan2 tertentu sahaja sedangkan yang sama2 menanggung ialah seluruh penduduk Malaysia. Lagi satu, kerajaan juga perlu dan wajib perlu memikirkan bahawa pemansuhan subsidi ini tidak akan menjejaskan beban penduduk yang berada di kawasan kampung2 dan yang berpendapatan rendah. Mungkinkah berjaya Idris Jala membaik pulih kewangan negara setelah berjaya mebaik pulih kewangan Shell dan MAS??

1 comments:

mantan said...

Chun,
Saya sependapat dengan cikgu Chun.

Isu ini perlu ditangani secara berhrmah.

Bukan mudah untuk membuat perubahan kerana banyak pihak yang tidak samaapi pemikirannya untuk memahami isu ini. Ditambah pulu masing-masing mempunyai pelbagai pandangan dan rasionaliti.

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP