Sebut sahaja Sifoo.com (http://www.sifoo.com), mesti peminat-peminat ICT, multimedia dan grafik akan mengenali laman tersebut. Pada hari Sabtu dan Ahad lepas, aku sempat menghadiri kursus (persendirian) asas fotografi bersama pengendali laman multimedia dan grafik yang terkenal di Malaysia tersebut. Memang rasa cukup bangga dapat kursus bersama Sifoo kerana sejak belajar di universiti dahulu lagi aku memang minat pada laman Sifoo.com. Amat berbaloi aku menghadiri kursus berkenaan dengan ilmu yang aku dapat. Yuran juga berpatutan. Hari pertama kursus dibuat secara indoor dan pada hari kedua lebih kepada outdoor dengan disediakan model yang sebenar sebagai latihan praktikal…memang menarik dan real. Seterusnya hasil fotografi akan dibentangkan untuk kritikan dan teguran membina. Mulanya memang agak gentar juga apabila melihat kawan-kawan lain yang ada dalam kalangan mereka sudahpun expert dalam bidang fotografi, ditambah pula dengan kamera yang canggih-cangih dan mahal...kecut perut dibuatnya. Ada yang telah mempunyai kedai fotografi sendiri, pernah mengambil upah sebagai jurufoto sambilan dan ada yang memang daripada pereka grafik. Walaubagaimanapun, akhirnya aku dapat juga menyesuaikan diri dengan mereka...sama-sama belajar dan sama-sama berkongsi ilmu. Dua hari berkursus di UKM cawangan Taman Tasik Titiwangsa memang penat, tapi seronok dan berbaloi. Balik dari kursus aku terus menunjukkan gambar-gambar dan input daripada kursus kepada isteri, walaubagaimanapun nampaknya dia langsung tidak menunjukkan minat dengan apa yang aku dapat!. Berbeza dengan seorang sahabat dari Melaka, isterinya sanggup menemaninya sepanjang berkursus di sana sambil menanda kertas ujian. Aku fikir ini lah perbezaan antara hobi dan minat seseorang. Aku pun terus turn off laptop, mandi, masuk bilik dan sekejap sahaja aku pun dengan automatiknya terus shut down.... :)

Model yang terlibat




0 comments:
Post a Comment