Hari ini diumumkan keputusan SPM 2009. Selaku guru mata pelajaran Sains Pertanian (SPN), debaran memang kian terasa menjelang awal pagi ini. Maklumlah, tiada rekod baik pernah dicatatkan dari mata pelajaran ini sepanjang ianya ditawarkan. Paling tinggi pun sekadar 96.77% (2005). Walaubagaimanapun, pada hari segala debaran itu telah hilang apabila mata pelajaran SPN mencapai kelulusan 100%. Lega rasanya. Nampaknya, ini lah TOV baharu mata pelajaran SPN untuk head-count SPM pada tahun akan datang. Semoga SPN akan kekal mendapat 100% pada SPM 2010. Tahniah kepada semua pelajar-pelajar aku yang telah mencatatkan rekod baharu dan mengembalikan keyakinan aku sebagai guru subjek terpinggir di sekolah ini.
Sebahagian daripada pelajar pertanian


7 comments:
Tahniah.... untuk gurunya juga..
Syabas cikgu!!
Tahniah Chun...
Oh gitu... TOV berdasarkan keputusan SPM?
Keputusan akhir form 4 boleh juga jadikan TOV (Take off value) kan? Dari situ kena usahalah capai 100%.
Kak Waruna,
Terima kasih. x sangka pun boleh lulus penuh sebab subjek ni memang sukar untuk budak2 pertengahan ni.
setiakasih,
terima kasih.
mantan,
A'ah, untuk tahun semasa biasanya memang kita jadikan peperiksaan akhir tahun ting 4 sebagai tov. Terbaik SPM juga dijadikan sebagai TOV untuk tempoh beberapa tahun (biasanya dlm tempoh 5 tahun terkini).
Tahniah cg
imanshah,
terima kasih....
Post a Comment