Hari ini baru dihebohkan dalam media mengenai masalah tuntutan perjalanan perbatuan dalam kalangan guru-guru di bawah KPM. Isu ini ditimbulkan oleh Omar Osman selaku presiden Ceupacs. Namun begitu, saya percaya sudah tentu ramai guru yang merungut sehinggakan perkara ini sampai ke Ceupacs. Isu ini memang benar-benar berlaku!. Puncanya sudah tentu daripada kekurangan budget KPM. Di sekolah saya, sebelum ini Boss mengatakan tiada tuntutan perjalanan ke mesyuarat/kursus (di luar sekolah). Namun begitu, dalam mesyuarat beberapa minggu selepas itu, Boss mengatakan tuntukan boleh dibuat seperti biasa dan akan dihantar ke PPD. Soal sama ada diluluskan ataupun tidak adalah bergantung kepada PPD. Sebelum ini segala tuntutan dibuat oleh sekolah kerana sekolah saya adalah sekolah PTJ. Persoalannya adakah benar kantung kerajaan sudah kering seperti yang dihebohkan sehinggakan peruntukan budget KPM pun dikurangkan 20% untuk tahun 2010? Isu mengenai tuntukan perjalanan hanyalah sebahagian sahaja. Ini sebenarnya termasuk dengan isu tempat berkursus/mesyuarat. Hotel-hotel/resort bukan lagi tempat untuk guru-guru berkursus. Segala kursus/mesyuarat dicadangkan untuk diadakan di sekolah masing atau IPG ataupun di tempat yang seantero dengannya bagi tujuan menjimatkan kos perbelanjaan penginapan. Pada tahun lepas perkara ini sudah bermula sebenarnya, tetapi tidak menyeluruh....tahun ini boleh jadi sudah menyeluruh. Berbalik kepada isu yang ditimbulkan oleh Omar Osman tadi. Katanya, guru berhak untuk tidak hadir ke mesyuarat/kursus yang tiada kaitan dengan bidang tugasnya jika tiada tuntutan perjalanan. Dengarnya macam mudah sahaja. Tetapi hakikatnya apa yang akan berlaku jika guru menolak/tidak hadir ke mesyuarat ataupun kursus ataupun tugas-tugas tertentu (spt koko) tersebut? Sudah tentu nama guru tersebut akan diblack-list!! dan sudah tentu akan memberi kesan kepada markah prestasinya di penghujung tahun!. Perkara ini bukannya senang seperti yang difikirkan. Sedangkan sebelum ini, ramai guru yang terpaksa mendahulukan wang sendiri/menggunakan wang sendiri untuk tujuan tersebut seperti semasa menghantar pelajar ke sukan, xtvt koko dan sebagainya ke peringkat daerah. Jika pelajar tersebut memenangi sesuatu acara, wang saku sendiri juga terpaksa dikeluarkan untuk belanja pelajar tersebut makan. Perkara sedemikian sudah tentu sinonim dengan profesion perguruan. Namun begitu, ramai guru yang diam sahaja dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada tugas guru ataupun membuat sedekah.....
D' Rimba
2 years ago

4 comments:
di saat pegawai jabatan lain masih selesa dihantar oleh pemandu ke tempat2 kursus kesihan para guru berkursus dan bermalam di "asrama" sekolah sahaja dengan dinyatakan "sila bawa selimut dan cadar" sendiri.. Alangkah sedihnya nasib guru
Kak Waruna,
Ya ke kak Waruna?? Tahap melampau ni, baik cakap kat mereka napa x suh bawa khemah skali.....lagi jimat belanja kan.
Salam ;
itulah hakikatnya, di mana maruah kita? pencapaian diutamakan...guru?
Aidil Fadzil
Salam....
Tak apa lah, apa yang penting kita buat sebaik mungkin kan.... Bila kita bersuara, dikatanya guru-guru ni banyak karenah, banyak songel, suka meminta-minta... dah lah kerja separuh hari!!! Ini pun hakikat yg kita terpaksa terima juga.
Post a Comment