Saturday, March 20, 2010

Book Fair 2010

Semalam aku mengunjungi Pesta Buku 2010 di PWTC, KL. Walaupun pada hari pertama pembukaan pameran tersebut, sambutan oleh pengunjung nampaknya boleh tahan...agak ramai juga terutamanya menjelang sebelah petang. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan berkunjung ke sana sekiranya ada pesta buku. Cuma, apa yang berbezanya pada tahun ini ialah pelawat-pelawat kena patuh dan menyusuri laluan yang telah ditetapkan...Jauh juga berpusing tangga nampaknya. Tapi ok lah pihak pengurusan buat begitu sebab dengarnya jika tidak buat laluan begitu, terdapat gerai-gerai pameran yang tidak dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung. Macam kebiasaan juga, ruangan pameran dari Karang Kraf yang paling mendapat sambutan....mungkin kerana banyak bahan terbitannya terutama majalah-majalah yang diminati oleh masyarakat telah berjaya memikat hati pembaca. Baru-baru ini kita dapat kedengaran mengenai tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia yang masih lagi di tahap rendah berbanding dengan negara maju lain seperti A.S. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dibuat oleh kerajaan, ia sedikit sebanyak telah meningkat sebenarnya iaitu dari 2 buah buku ke 8 buah buku telah dibaca oleh rakyat Malaysia dalam masa setahun. Cara dapatan kajian ini diperolehi aku tidak pasti lah bagaimana. So, apa yang menariknya, Pesta Buku yang diadakan pada setiap tahun ini boleh juga dijadikan sebagai pemangkin kepada usaha kerajaan dalam mengalakkan masyarakat kita membaca.

5 comments:

Mohamad said...

Teringin benar saya nak ke pameran buku tersebut. Tentu banyak ilmu baru dapat ditimba dari sana. Apa boleh buat menjelang sahaja pameran buku ada saja perkara-perkara yang mengganggu... InsyaAllah walaupun jauh saya akan cuba ke sana nanti.

Cikgu Chun said...

Mohamad,

Tak sempat kali ni tak apa, tahun hadapan masih ada lagi... Saya fikir tak rugi ke sana walaupun jauh. Harga buku-buku pun agak rendah daripada harga biasa yg ada di pasaran. Kalau bawa anak2 yang besekolah lagi seronok.

JOHN DOE said...

wa gua x sbr nak g hr khamis nie...aku nak memborong kat sn t...seminggu cuti nie asyik termimpi2 ke sana jek..hahaha....tahniah la wei...kolam dah terlebih ikan...hehehe...

Cikgu Chun said...

John Doe,

Jgn borong skali dgn tuan punya kedai dah ler!! Ikan ketutu tu nanti aku keluarkan lah sebab dia ngap ikan2 lain....

JOHN DOE said...

GORENG PUN SODAP KETUTU TU...HEHEHE...

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP