Thursday, February 25, 2010

Sesak Nafas

Selamat kembali kepada rakan blogger. Rasanya sudah lama sangat aku tidak up-date blog. Ini adalah kerana kekangan masa yang melampau. Sebenarnya banyak perkara yang aku nak kongsi, walaubagaimanpun disebabkan terlalu sibuk, so tidak sempat nak menulisnya...perkara yang aku nak berkongsi pun boleh jadi sudah lapuk. Sebelum cuti dua minggu lepas, sibuk dengan sukan, buat soalan, buat assaigment dan buat wirering networking. Perjalanan masa dari hari ke hari terlalu cepat je rasanya...ditambah pula sekolah dah jadi 1 sesi. Minggu ini pula ialah minggu ujian, so sambil-sambil jaga exam sempat lah aku menyiapkan kerja2 terbengkalai termasuklah buku rekod dan fail panitia. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi rasanya yang belum siap, terutamanya yang melibatkan kerja fizikal seperti mengecat bengkel, mengred ternakan ikan, membersihkan kawasan pertanian, menanam pokok fertigasi, menyambung wirering networking dan termasuklah up-date laman web sekolah. Dengan masa yang terhad, segalanya perlu disiapkan. Nak harapkan bebudak??? Jangan haraplah! Kerja mereka pun kita yang tolong buatkan. Walaubagaimanapun, profesion perguruan selalu dipandang mudah dan rileks oleh ’orang luar’.

2 comments:

imanshah said...

Salam tuan punya blog..kawan kat sekolah semua suh budak buat, tapi monitor lah

Cikgu Chun said...

Kalau harapkan budak, maunya berkubur mcam tu je. Saya penah suh mrk datang kemas bengkel dan tanam pokok fertigasi pada tahun lepas, 2 orang je yang datang!. Daripada dok sakit hati dan dok membebel kat mrk, baik saya buat sorang2 je secara perlahan-lahan... lepas ni nak try minta tlg mengecat pula, tegk mrk datang ke tak.

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP