Friday, January 1, 2010

Tendang Menendang…

Sekarang ni guru di sekolah saya masing-masing ‘panas buntut’. Apa tidaknya, masing-masing tengah tunggu dan lihat siapa yang akan ’direject’. Kita terima cikgu baru yang dipindahkan ke sekolah kita dan kemudian kita reject cikgu sedia ada ke sekolah lain (mungkin itulah juga yang berlaku di sekolah-sekolah lain). PPD memang tahu mengenai lebihan guru di setiap sekolah dalam daerah, tetapi mungkin disebabkan mereka tidak mahu memindahkan guru keluar dari daerah sendiri (yang mungkin menyebabkan masalah lebih besar kepada guru), maka masalah ini timbul. Buat masa ini sekolah saya mempunyai lebihan guru seramai 5 orang. Maka yang akan ditendang keluar juga adalah seramai 5 orang. Sebelum ini kita tendang guru opsyen PJK, hari ini kita terima pula guru PJK...sebelum ini kita tendang guru BI, hari ini kita terima semula guru BI, sebelum ini kita tendang guru PI, hari ini kita terima pula guru PI... WALAUPUN sebenarnya kita tidak kekurangan pun guru-guru tersebut. Apa sudah jadi? Aku pun naik heran...naik pelik dibuatnya. Yang tukang terima, just say ’yes boss’ (walaupun dengarnya boleh tolak jika dah cukup kouta). Yang jadi mangsa keadaan ialah guru yang TERKENA tersebut!. Dalam 2,3 hari ni kita dengar mengenai rungutan guru yang tidak ditempatkan. Alasan KPM, guru akan ditempatkan mengikut opsyen dan opsyen yang paling kritikal buat masa ini ialah BI. Bagaimana dengan opsyen lain? Tunggu dan lihat. Hari ini keluar pula statment kurang bijak daripada KPM dengan menyalahkan IPT yang kononnya mengeluarkan guru yang tidak mengikut keperluan semasa dan ini berbeza dengan IPG. Saya cuma tersenyum membaca artikel tersebut.....kenapa sampai jadi begini? Bila berlaku lebihan guru, maka orang lain dipersalahkan. Sebelum ini tiada pula tuduhan sebegini dilemparkan. Nampaknya sistem pendidikan kita sudah jadi huru hara...macam-macam telah berlaku dalam sistem pendidikan sejak akhir-akhir ini. Jika nak diceritakan memang tiada nokhtahnya.

6 comments:

imanshah said...

Disekolah saya pengganti sudah sampai..bukan sedikit 11 orang..maknanya 11 guru bakal keluar..huhu tunggu je lah nasib masing-masing

Cikgu Chun said...

Akan dipaksa keluar ke? so, maknanya sama je lah kat negeri perak pun??

mantan said...

Chun, memang kadang-kadang ada pihak ambil jalan mudah nak selesaikan masalah penempatan guru. Bukan mudah nakm agih guru. Tapi kalaau dah diamanahan tugas pengihan guru, sepatunya buatlah secara yang sepatutnya.

Cikgu Chun said...

Mantan,

Bukan apa cikgu wahab, sy cuma kesian tgk kwn2 yg terpaksa pindah ni...terang2 jadi mangsa keadaan..padahal PPD sepatutnya bersyukur krn guru2 ni sanggup mengajar di Felda yg jauh pedalaman ni. Cuba tanya berapa ramai guru kat luar sana yg sanggup masuk mengajar dlm felda Palong Timur ni?? dah tentu tak ada punya...

JOHN DOE said...

berita terkini skolah kite terlebih 10 org guru, bwt ms nie 8 org pasti akan dikeluarkan...bila tu kena la tunggu...

Cikgu Chun said...

JOHN DOE,

10 orang pulak?? ko cakap lah dengan PPD suh hantar masuk lagi 10 orang....

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP