Dalam cuti sekolah hujung tahun baru-baru ini, sempat juga aku berkunjung ke pekan Golok. Dalam dialek Kelantan, golok adalah sejenis parang.Sejak aku dilahirkan, ini lah kali pertama aku masuk shopping di pekan Golok dan kali ke 4 aku menjejakkan kaki di tanah Siam. Kali pertama dulu ialah semasa membuat lawatan ke Songkhla dan Hatyai.Kalau aku cakap yang aku tidak pernah ke sana, mesti orang akan cakap aku bohong, maklum lah aku cuma hampir sangat dengan sempadan Siam. Dalam keadaan huru hara di selatan Thai, maunya aku tak takut!. Seminggu selepas aku masuk shopping di Golok, sebuah hotel iaitu Hotel Marina telah dibom!.Ini tak tahu lah sudah kali ke berapa hotel Marina dibom, yang pastinya sudah 3 kali.Ternyata pekan Golok kini sudah lumpuh, tiada lagi rakyat Malaysia yang berduyun-duyun ke sana untuk membeli barangan murah.Jam 11 (am) lebih aku sampai di sana dan setelah 2 kedai aku masuki, kedua-duanya telah ’dirasmi’ oleh aku.Ini menunjukkan bahawa tiada seorang pun pelanggan yang masuk membeli barangan sebelum itu..sungguh kesian.Menurut tuan punya kedai, dia hanya harapkan pembelian borong daripada peruncit-peruncit, jika nak harapkan belian daripada orang perseorangan sudah tentu dia bankrap!.Walaubagaimanapun, pusat-pusat karaoke yang berbekalkan ’ayam-ayam’ Siam agak berlainan, perniagaannya agak stabil berbanding dengan penjual-penjual barangan biasa.Ini kerana masih ramai jantan yang sanggup menggadaikan nyawa mereka semata-mata untuk melepaskan gian masing-masing.
Antara pemandangan yang biasa di pekan Golok.Penunggang-penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dan jumlah motosikal memang banyak berbanding kereta.
Ini adalah pusat karaoke yang membekalkan ’ayam’ Siam sebagai santapan pengunjung-pengunjungnya. (nampak ayat PORN tu???)
Kelihatan salah seekor ibu ayam yang sedang menunggu pelanggan. Pagi-pagi lagi dah menunggu dah...
Ini pula ialah salah seorang maknyah yang aku jumpa.
Di sebelah Siam benda ni memang banyak sangat kelihatan. Kalau di tempat kita kebanyakannya hanya terdapat di Sabah dan Sarawak sahaja.
Yang paling aku respect dengan masyarakat Siam ni ialah mereka sangat taat dan menghormati Raja mereka.Jika anda ke sana, jangan lah cabul mulut untuk mengutuk Raja mereka, buruk padahnya nanti!.
Ini adalah pasar basah mereka. Pasar basah yang halal dan yang haram hanya terletak bertentangan sahaja.
hahaha....buat masa ni lebih elok jangan pergi. Takut nanti silap2 haribulan kena bom je!. Kalau nak pergi baik lonjak ke atas terus, skrg ni dah ada tren terus ke Hatyai kan...so, tunggu apa lagi.....
kat hatyai rasanya ok skrg ni, yg panas tu area pattani, narathiwat dan ke bawah je lah. Walau apapun takut memang takut jugak kan bila pergi tempat orang ni.
Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.
7 comments:
lama doh tok gi Golok
kejap je g sana?takut kena BOM ea?hahaha.......shwarles
imanshah,
lebih baik tak payah pergi buat masa ini, lebih selamat....
John Doe,
BOM yang takut kat aku lah....
Chun,
Dapat juga saya tengok (gambar) Pekan Golok melalui blog chun ni.
Saya tak pernah pergi dan tak mahu pergi.
mantan,
hahaha....buat masa ni lebih elok jangan pergi. Takut nanti silap2 haribulan kena bom je!. Kalau nak pergi baik lonjak ke atas terus, skrg ni dah ada tren terus ke Hatyai kan...so, tunggu apa lagi.....
saya dulu pernah ke hadnyai bersama rombongan singgah di pattani dan lain2 tempat. sekarang memang takut la nak pergi sana
Kak Wan,
kat hatyai rasanya ok skrg ni, yg panas tu area pattani, narathiwat dan ke bawah je lah. Walau apapun takut memang takut jugak kan bila pergi tempat orang ni.
Post a Comment