Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Pagi tadi suasana riuh rendah dalam bilik guru, macam pasar borong...bukan riuh apa, tetapi masing-masing sibuk untuk menyiapkan tugasan akhir tahun yang diminta. Aku pun salah seorang lah kerana selalu buat kerja last minute. Apa boleh buat, dah memang tabiat buruk aku...hehehe. Petang ini suasana sudah lengang. Ramai guru yang telah bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing....yang tinggal hanyalah yang terlibat dengan jadual bertugas SPM/STPM. Cuma aku sendiri yang masih belum mempunyai tarikh tepat bilakah akan pulang. Ini kerana aku terpaksa menyiapkan majalah sekolah terlebih dahulu sebelum pulang. Aku cuma bercadang untuk menghantarnya ke kedai sahaja, malas dah nak memikirkan idea untuk menyusun dan membuat design sendiri. Lagi pun design aku bukannya cantik sangat, sekadar nak melengkapkannya untuk menjadi senaskah majalah. Makin cepat aku siapkannya, maka makin cepat lah aku dapat pulang nanti. Rasanya sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung...aku nak merehatkan diri sepuas-puasnya di kampung nanti. Alangkah bestnya kalau aku dapat menyertai kengkawan pergi memancing di Tasik Kenyir awal Disember ini. Disebabkan pantang larang kerana isteri berbadan dua, so terpaksalah aku melupakan niat tersebut. Harap-harap next year aku dapat peluang lagi untuk pergi ke sana bagi kali ke-2.

8 comments:

Cikgu Jang .. said...

selamat bercuti cikgu.....penuhkan aktiviti kegemaran tu ......kawan pun samalah, banyak dah perancangan nak buat bermula cuti ni...

imanshah said...

Selamat cuti,, balik kelate ko??

JOHN DOE said...

selamat bercuti....aku nie blm tau la bila btl2 dpt bercuti...ko pun fhmm kan...huhuhuhu...hati2 bwk keta,ingatlah yg tersayang...

mantan said...

CC,
Musim hujan/banjir ni aktiviti agak terbatas. Apapun, berhati2 kalu gi mancing.

Cikgu Chun said...

cikgu Jang,

Selamat bercuti juga kepada cikgu Jang. Stakat hari ni kawan pun belum balik kg lagi. Dalam sehari dua lg balik lah kot.

Cikgu Chun said...

Imanshah,

Ya, cuti ni balik Klate lah. Bini pun org Klate, so x dok masaloh lah...x payoh berebut nak balik negeri mano dulu. hehehe

Cikgu Chun said...

John Doe,

Kenapa beb? kena kemaskan libry ke? tu ler, sape suh ko pindah libry sangat...kan dah terbatas masa cuti ko..

Cikgu Chun said...

mantan,

ya, betul tu...dalam berita malam tadi pun semua jalan nak ke kelantan melalui terengganu dinaiki air. Entah bila baru surut tu. Balik kg pun mesti dok termenung kat umah je coz xtvt dah terhad kerana hujan.

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP