Jika dulu kita diulik oleh friendster dan IRC, tapi kini pengguna internet telah beralih kepada facebook (fb) pula. Akhbar BH semalam pun ada mengeluarkan artikel mengenai fb dan Malaysia menduduki tangga ke 9 di belakang Indonesia dalam senarai pengguna tertinggi fb dunia. Jika dilihat dalam kalangan rakan sekerja di sekolah aku sendiri, rata-ratanya mempunyai akaun fb (termasuklah aku sendiri). Pada zaman aku belajar di universiti dulu, aku paling suka chatting (IRC) dan masuk laman friendster, tapi kini aku lebih suka menulis dalam blog kerana boleh berkongsi idea, pandangan, dan memahatkan segala aktiviti aku dalam ruang siber ini. FB diasaskan oleh Randi Zuckerberg (Yahudi) dan kini beliau merupakan salah seorang yang paling berpengaruh di dunia dalam lingkungan usinya (24 tahun) dan individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Dengan jumlah pengguna yang hampir 300 juta orang (termasuklah PM Malaysia, Presiden AS dan Presiden Perancis), maka ia menjadikannya laman sosial yang paling popular di dunia pada masa kini (Blogger berada pada tempat ketiga). Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah, penggunaan fb ini ada kebaikan dan keburukannya dan disebabkan ini lah terdapat jabatan-jabatan dan pejabat kerajaan yang block laman fb. Mana tidaknya, setiap masa laman fb sentiasa on je dan ini akan menjatuhkan prestasi kerja kakitangan. Kebanyakan yang melayari laman fb bukanlah untuk berkongsi cerita atau pun pandangan, tetapi untuk bermain (game yang telah disediakan) seperti Mafia War, Farm Ville, Fish Ville dan sebagainya. Game ini yang akan mengasyikkan pengguna. Buat masa ini belum ada kajian yang menunjukkan sama ada penggunaan fb mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya. Apa kata anda??
D' Rimba
2 years ago


13 comments:
selamat bercuti cikgu...
kebaikan fb ni smestinya ada tp xbleh nafi la dia punya keburukan jgak...so pandai2 la kita seimbangkan..
ahah, saya hari2 main FB
Chun,
Ambil yang baiknya saja...
Dah gi kat fb saya?
kite tengok kesannya dalam 2-5 tahun lag....apa yg akan terjadi....
salam...
x dinafikan.. kebanyakan dari kita mmpunyai facebook termasuk juga saya...yang bagusnya dapat jumpa kawan2 sekolah yg da berbelas tahun x jumpa.. boleh imbas balik cerita masa kat sekolah masa dulu.. pasti seronok kan...walaupun ada kawan2 kita dok kat seberang lautan sekalipun..
yang tak bagusnya.. bila mereka2 ni x pandai bahagikan masa.. bila dah ada facebook tu .. ada yang tak buat kerja..tak sempurna dan byk lagi...dan yang paling x bagus lagi ..bila mereka chatting waktu bekerja.. jadi hasilnya??
kesimpulannya bagi yg ada facebook tu pandai2 la bagikan masa tu.. klu buka facebook kat tpt kerja.. lagi baik buka setelah habis bekerja..@ kat umah...jadi kerja tak terganggu dan kita akan dapat berjumpa ngan kawan2 lama..
maria,
selamat bercuti (walaupun sy masih belum bercuti lg). So, maknanya kena seimbangkan....
imanshah,
sy nak kata hari2 main pun x jugak. Dalam cuti ni lagi lah sebab nanti balik kg dah tak ada line internet, kena masuk cc baru boleh main.
mantan,
ambil yg baik je....payah jugak tu cikgu...sebab ada org time keja pun dok main...dah tentu lah buruk tu.
Saya belum add request lg cikgu wahab. Guna nama apa ek? nanti sy add request.
cikgu Jang,
kawan takut 2-5 tahun lagi entah apa2 halaman lg yg keluar... dan mungkin pada masa itu FB dah tenggelam...teknologi memang cepat berubah.
Nora,
Ya, betul tu. Sama lah dengan saya...dapat jumpa semula kawan2 yg lost contact masa belajar dulu. ini adalah disebabkan oleh ramai sangat penggunanya, so senang untuk kita cari kawan2 lama. Walaubagaimanapun, memang itu lah masalahnya kalau asyik curi2 main masa kerja (memang banyak sangat kes macam ni). So, bagi pihak majikan mungkin susah nak control benda ni, kecuali dengan mengambil mudah dengan block laman berkenaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah jabatan/kementerian sendiri.
facebook itu...buku muka.maka hati2 menggunakannya jangan sampai muka kita jadi malu atau dimanipulasi orang.
salam cikgu chun..bley sy copy pendapat cikgu kt blog sy?sy pon berminat nk tau sal facts beyond fb ni..jazakallah..
Post a Comment