
Malam tadi berlangsungnya final piala Malaysia. Keputusannya pun sudah diketahui iaitu Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan 1-3. Walaubagaimanapun bukan itu yang aku hendak ulaskan, cukuplah setakat Hj. Hasbullah Awang seorang sahaja yang ulas. Cuma aku ingin bercakap mengenai sikap penonton-penonton bola sepak tersebut. Amat memalukan. Itu lah yang mampu aku ungkapkan. Pasukan Kelantan terutamanya memang amat ganas!. Maaf aku cakap, aku pun orang Kelantan jugak. Penyokong-penyokong Kelantan terlalu fanatik dan selalu sahaja menyebabkan kekecohan, tak kira di mana sahaja mereka menonton perlawanan bola. Malam tadi misalnya, aku yang hanya menonton siaran langsung di rumah tetapi aku turut tumpang malu!! Tak tau apa aku nak dijawab kalau ada orang tanya aku mengenai kekecohan yang ditimbulkan oleh pasukan Kelantan tersebut...malu aku nak mengaku orang Kelantan. Baling mercun dan botol air memang dah jadi kebiasaan. Ini pula ditambah dengan membakar kerusi penonton, kain rentang dan mencederakan jurukamera. Bagi aku memang amat melampau. Lebih melampau lagi ialah berkelakuan biadap di hadapan raja kerana perlawanan tersebut juga ditonton oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Putera Mahkota Kelantan sendiri. Ini lah yang dikatakan budaya rimba yang sebenarnya.

18 comments:
Itulah namanya gedebe.
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga....tak patut tak patut......
jadi FAM perlulah bijak..nk masuk stadium kena la tapis betul2..
kalau ditapis betul2..xla jd gitu dok??
tak kiralah penyokong mana pun..kalau dh seramai 60000 dtg nk tgk pasuke msg2..tiba2 pasuke tuh main ntah gapo2..sapo x mrh kn??
aku pun malu dah..uncivilize lah
Cikgu Jang,
Ya betul tu. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Amat memalukan...
Cikgu naman,
Kawan sy (cikgu jugak) ada 2 org yang pegi tengok. Realitinya lebih dasyat drp apa yg kita tengok dalam TV. Memang polis pun x boleh buat apa masa dia org yg tak ada tiket tu dok panjat pagar dan lalu ikut lubang tikus....tengok jelah. Lagi best polis tu siap pesan " kalau nak panjat, panjat lah elok2..jangan sampai tercucuk punggung! ". Memang kelakar pulak. Lepas habis permainan mereka (pasukan kelantan) siap buat kecoh di stesen komuter dengan menunggu pasukan N9 keluar untuk dibelasah!! Dengarnya sebab mereka geram samapi bakar kerusi dan buat kecoh tu adalah disebabkan oleh pasukan Kelantan yang bermain dengan teruk sedangkan mrk dtg dari jauh untuk menyokong. Entah lah itu boleh dijadikan alasan ataupun tidak....kalau mengikut daripada mana2 perlawanan sebelum ni pun sama jugak.
imanshah,
memang malu. tapi itulah realitinya. Kedeber tok tentu halo!
HAKIKATNYA PEMINAT2 SUKAN DI MALAYSIA JARANG DAPAT MENERIMA HAKIKAT KEKALAHAN...PADA MEREKA SUKAN ADALAH UNTUK MENANG, YG MENANG DISANJUNG, YG KALAH DICACI MAKI...JAUH BEZA DGN PEMINAT2 SUKAN DI LUAR NEGARA SEBAGAI CTH LIGA INGGERIS, TEMPAT DUDUK PEMINAT DGN PADANG HANYA DIPISAHKAN DGN PAPAN IKLAN...AGAK2 KALAU KAT MALAYSIA LA BUAT MCM TU APE AKAN JADI?...HEHEHE...
Chun,
Itulah level pemikiran peminat bola sepak Malaysia (kelantan?).
Kalau kita tengok arena bola sepak di luar negara lebih glamour. Tapi penonton-penonton lebih berdisiplin. Tak adalah sampai bakar kerusi stadium.
Sesekali ada lah pergaduhan, tapi setakat itu saja. Takdelah berdendam sampai nak belasah orang. Takdelah sampai bakar membakar hartabenda awam nih.
Mungkin penonton belum berdisiplin atau fanatik dan semangat kenegerian yang melampau? Kalah gedebe, menang pun gedebe.
John Doe,
Bukan soal menang atau kalah ni, sebab boleh dikatakan pada setiap perlawanan pun akan berlaku pergaduhan, x kira lah kat stadium kelantan sendiri pun mereka buat onar jugak. Bagi aku lah kan, ini adalah masalah mentaliti. Nak ubah mentaliti memang bukannya senang.
Mantan,
Itu lah maksud saya. Sebenarnya level pemikiran tu yang perlu mejadi persoalan. Kalah menang dah jadi adat perlawanan, penonton/penyokong kerjanya hanyalah untuk menyokong dan x kira lah menang atau kalah. Soal post-mortem biarlah pihak pengurusan pasukan yang buat. Ini tidak, pergi menton bola macam pergi berperang. Tak pasal-pasal Kafa kena denda pulak...baru ni dah RM100 ribu dah melayang kat stadium sendiri gara-gara kekocohan penyokong negeri sendiri.
derang marah kat pemain tu... main xpandai.. kehkehehe.. tapi peminat kelate tu tak educated... kalah terima je la... knp xleh terime ye?
hai cikgu Chun,
meme malu ngelih.. bakpo tokleh timo kenyataan nyor. teraso sangat sep2 pok kelate dop bulih nok kawal perasae, bakpo jadi gitu deh!! mace ore xdop pelajare...meme gedebe gilo etek..
Juita,
Itulah masalahnya. dia org marah sebab datang dari jauh untuk menyaksikan pasukan mereka. Last2 tengok corak permainan mereka macam hampeh, so bengang lah mereka kan... Tapi apa2 pun, bagi saya itu sekadar alasan je, realitinya di mana2 sahaja perlawanan bola sepak penyokong2 kelantan memang suka bertindak liar!.
mamamin,
meme malu pong!. loni rama ore dok kutuk set2 klate pasa ni. kalu nok gedebe pong patut2 lah dok...ni gak, depe rajo pong tunjuk gedebe jugok! wak malu jah set2 klate nih.
Kadang-kadang terfikir juga, bola sepak sebenarnya tidak merangsang semangat kesukanan, tapi membunuh persaudaraan. tak kira di mana atau kecil besarnya kejohanan. Piala Parlimen tempat saya pun bergaduh juga. Jadi, jangan jadikan merangsang semangat kesukanan sebagai salah satu objektif ketika menganjurkan satu-satu kejohanan. Semuanya TIPU!!!
Untuk pasukan Kelantan, anda rasa berbaloikah merusuh untuk satu perlawanan yang tiada standard langsung, baik di pihak anda mahupun NS.
Anak Mandiling,
Jika diperhalusi dengan teliti, ada betulnya juga kata saudara. Walaubagaimanapun, sukan bola sepak telah menjadi sukan yang paling popular di dunia. So, dengan jumlah penonton yang tinggi pada setiap perlawanan menjadikannya susah hendak dikawal.
Salam,
Da jadi adat pertandingan..ada yg menang dan ada yang kalah. Yg penting tanamkan semangat kesukanan tu dalam diri kita sendiri tak perlu tunggu bila tiba pertandingan sahaja baru nak tanam semangat sukan..kalau kita kata bilangan penonton yg menjadikannya masalah pada saya tak mungkin kerana liga bola luar negara lebih ramai penontonnya berbanding negara kita ni,jumlah pertandingan nya juga lebih byk.. sama juga ada menang ada kalah, tapi tak de la pulak diorang merusuh tak tentu pasal...Rumusnya kalau tak boleh terima kekalahan lebih baik jgn masuk bertanding.. jgn jadikan orang lain mangsa kerana perangai tak senonoh tu... mcm hari tu peminat yang buat perangai , persatuan bola sepak yg kena denda tak ke tu merugikan , sepatutnya bayaran denda tu mungkin boleh digunakan utk perkara yang lebih munasabah..sorry!
Nora,
Betul tu. Saya sokong...
Post a Comment