Tuesday, October 27, 2009

Pindah "Rumah"

Hari Sabtu lepas keluarga kami (guru-guru) telah berpindah rumah....dari bilik lama ke bilik baru di bangunan yang juga baru siap tidak sampai sebulan. Dengan semangat kerjasama dan gotong-royong akhirnya semua meja dan kelengkapan guru dipindahkan dengan selamat. Terima kasih di atas bantuan para pelajar yang terpilih, kalau tiada mereka entah macam mana nak memindahkan barang-barang tersebut. Maka pada hari ini keluarga kami telah genap 2 hari bermastautin di bilik baru tersebut. Ada air cond, pantri , bilik perbincangan dan bermacam-macam lagi kemudahan. Asasnya memang nampak selesa. Walaubagaimanpun, selama 2 hari juga aku kedengaran guru-guru merungut...merungut sebab terlalu tinggi dan terlalu jauh dengan kelas-kelas pelajar. Macam aku, memang aku tak kisah sangat sebab aku lebih selesa berada di bengkel KHB, tidak perlu menongkak tangga tinggi-tinggi untuk ke bilik guru baru. Cuma apa yang dikesalkan ialah isteri aku yang baru sahaja mengandung. Aku sudah berpesan kepadanya supaya mencari mana2 pot yang berada di aras bawah untuk dijadikan 'penempatan sementara'. Maklumlah, macam-macam boleh berlaku di awal usia kandungan ini. Dalam apa yang aku pelajari dalam bidang teknik dan vokasional di USA misalnya, setiap bangunan yang melebihi satu tingkat mesti disediakan lif untuk kemudahan ibu-ibu yang mengandung dan OKU. Tetapi ini jauh berbeza dengan pelan bangunan di Malaysia di mana terdapat bangunan yang setinggi 7,8 tingkat pun tidak mempunyai lif. Contohnya di flat-flat perumahan kos rendah dan sederhana. Adakah masalah kos tinggi menjadi isunya??

9 comments:

n@m@n said...

wah..bila lagi sekolahku nk mempunyai bilk guru yg selesa mcm ni

Cikgu Jang .. said...

Koi duduk kat makmal komputer je..takde meja utk koi pun kat bilik guru nun....tapi itulah pilihan koi sebenarnya....hehehe

Aidil Fadzil said...

Salam, Bilik Guru Baru...Jiwa baru...Tekad Baru...Semangat Baru...Rajin-rajinlah Selalu...Tahniah

JOHN DOE said...

den jugak tak lamo lagi yg sekso nak mengalihkan library ke bilik guru lamo...kok ekau ghajin dtg la amek gambar maso den mengomeh...apo2 pun tahniah sobab tak lamo laie ekau akan jadi AYAH, DADDY, PAPA & tah hapo2 yg seangkatan dongannyo...jago la Puan Tan dongan sebaik2nyo...lagi bgs kalau ekau yo yg tolong puch kad dio, tak la jauh dio kono menapak,bebudak form 6 buleh buek koleh dlm bilik seminar..

Cikgu Chun said...

n@m@n:
Ya, lebih selesa. Ditambah pula dengan pwmasangan wifi, lentok habis lah guru2 jawabnya lepas ni.



Cikgu Jang:
Sama lah dengan saya, sy juga lebih selesa dok dalam bengkel KHB yg lapuk ni. Semua kelas memang sy buat dalam bengkel, so x ada masalah. Time x ada kelas sy surf internet je kat sini, lagi aman damai sebenarnya.

Radio buruk 007 fm said...

Tahniah kerana tak lama lagi akan jadi ahli kelab bapa. Memang betul apa kau kata. Dulu hujung2 tahun 1990 an dah ada dapatan kajian bahawa golongan guru wanita) yang mengandung menanggung risiko yang tinggi untuk keguguran. Puncanya...tu le turun tangga, naik tangga. So, lebih baik berhati-hati.

Tapi bagi guru-guru lelaki yang 'mengandung' sepanjang masa macam Cheefzul dan Pie, jangan risau... tak pula keguguran. So, jangan gada-gada minta tukar ke bilik bawah. Kah3.

Cikgu Chun said...

Aidil Fadzil,

Pengetua pun penah jugak pesan macam tu. Tapi x tau lah sejauh mana kesannya nanti. Harap2 bertambah semangat lah nanti kan...hehehe

Cikgu Chun said...

John Doe,

Ko jangan risau, nanti aku pi lah snap beberapa keping gambo ko ngemas nanti, sbb bukan senang nak tengok ko ngemas2 ni kan! hahaha. Tapi betul lah apa yg ko cakap tu, boleh guna bilik seminar kan untuk mengatasi masalah naik turun tangga tu. Bijak...bijak...nanti aku akan usulkan kepada bini aku.

Cikgu Chun said...

Radio Buruk 007fm,

Terima kasih. Memang betul pun kalau selalu naik turun tangga akan menanggung risiko kepada ibu2 yg baru mengandung. Tapi nak buat macam mana, kerajaan bukannya peduli pun benda2 macam ni sebab kerajaan tu lahirnya dari dalam hutan kot! kih kih kih.

Tapi betul yg ko cakap tu, Pie dan Zul jangan dok ngada2 nak pindah ke bawah pulak! Tapi kan aku rasa, hujung tahun depan mereka dah jadi kurus kot sebab terlebih xcercise! hahaha...

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP