
Semalam diadakan kursus profesionalisme untuk guru-guru Sains Pertanian negeri Johor. Kurus ini diadakan di Stesen MARDI Kluang, Johor. Tempat kursus dan content kursus amat manarik dan menepati silibus p&p. Ini lah kali pertama aku melihat teknik pengumpulan semen kambing secara realiti, teknik permanian beradas, teknik pembiakan pokok dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun, nampak gayanya ini sahaja lah kursus pertama dan terakhir pada tahun 2009 ini. Melalui maklumat yang disampaikan oleh JU negeri Johor semalam, peruntukan untuk makan hanya diluluskan sebanyak RM800 sahaja + sponsor daripada kantin RM200 untuk beli cenderamata kepada penceramah. Sungguh kesian... Mulai tahun hadapan juga, semua kursus tidak akan diadakan di hotel-hotel lagi dan akan dipindahkan ke IPG dan lain-lain pusat yang tidak berkenaan dengan hotel. Ok, bagus juga sebab dapat mengurangkan perbelanjaan penginapan hotel yang memang mencekik darah. Walaubagaimanpun, peruntukan yang terlalu kecil untuk mengadakan kursus-kursus profesionalisme guru-guru amat mendukacitakan. Kursus tersebut memang bagus dan bertepatan dengan proses p&p guru tetapi disebabkan kan peruntukan yang terhad, maka ianya terpaksa dihadkan/diabaikan. Mungkin inilah yang dikatakan memartabatkan profesion perguruan dalam PIPP. Wahai KPM, lu pikir lah sendiri!!



6 comments:
Bagus juga dapaetahuan pengetahuan mcm tu.
Tapi, kdg2 yg tak puas hati tu... kebajikan peserta kursus....
Mantan,
Ya, memang bagus sangat. Sy suka kalau diberi kursus yg relevan macam tu...yg x sukanya ntah kursus apa2 yg diberinya. Soal kebajikan tu memang berkait dengan peruntukan lah. Susah juga nak salahkan penganjur sebab mrk pun x dapat peruntukan yg cukup kan.
pas ni boleh le pakat2 keluar modal bela kambing pulak. Org kata bela kambing ni untung sebab binatang tu kerap sgt beranaknya...bilang tahun
saya pun penah ikuti kursus mcm ni di Pahang dulu.
Cikgu Jang
Kambing memang berpotensi kalau nak bela sebab permintaannya tinggi. Tapi kena bela banyak2 lah kalau nak untung banyak, kalau sikit memang x nampak sangat. Kalau dapat pakat 2,3 orang boleh lah bela.
Kak Waruna,
Saya je yang masih belum ikutinya sebab sy baru je mengajar subjek ni.
Post a Comment