Thursday, October 15, 2009

Komplot Baik Punya Anak dan Emak….

Dalam seminggu dua ni memang busy skit. Sekarang bermula pula program selepas PMR dan sebagai penyelaras tingkatan 3 memang patut lah saya berada sepanjang masa bersama-sama dengan mereka walaupun yang menguruskannya bukanlah saya.....kaunselor dan kawan-kawan yang lebih berpengalaman yang melancarkannya. Terima kasih diucapkan. Walaubagaimanapun, bukan topik ini yang saya nak publish tetapi mengenai mentaliti ibu bapa dan pelajar yang mengambil PMR pada hari terakhir peperiksaan PMR dua hari lepas. Semasa peperiksaan subjek KHB, terdapat 2 orang pelajar yang pada awalnya tidak hadir. Walaubagaimanapun, guru bertugas dan guru tingkatan 3 bertindak pantas dengan pergi ke rumah pelajar terbabit. Seorang pelajar yang semput tidak mahu mengambil peperiksaan dan setelah dipaksa oleh guru, pelajar tersebut hadir dengan dijemput oleh guru (macam Datuk/Tan Sri lah). Alasannya ialah projek kayunya (PBS) telah hilang dan dia telah gagal dalam PBS (sekadar alasannya). Itu pelajar lelaki...dan lagi seorang ialah pelajar perempuan, siap berkomplot dengan emaknya semata-mata tidak mahu mengambil peperiksaan sedangkan kehadirannya pada subjek-subjek yang lepas adalah penuh. Dua orang guru perempuan telah pergi ke rumah pelajar tersebut dan alasan yang diberikan oleh emaknya ialah anaknya segugut dan ayahnya telah menghantarnya ke hospital. Walaubagaimanapun, guru yang pergi ke rumah pelajar tersebut merasakan ada sesuatu yang tak kena pada emaknya apabila melihat raut wajahnya yang lain macam je (pendek kata tak pandai berlakon lah). Kemudian guru tersebut balik dengan bermacam-macam tanda tanya. Selepas itu saya dan seorang rakan pula pergi ke rumah pelajar tersebut. Bila saya pergi ke rumahnya, emaknya mengatakan alasan yang sama dengan guru yang pergi sebelum ini....punya lah jauhnya hantar anak ke hospital Segamat yang sejauh 45km sedangkan klinik yang lebih dekat pun ada. Memek muka emaknya memang menampakkan kelainan dan mengcurigakan saya. Kita memang tahu mesti ada something wrong. Bila balik ke sekolah, entah siapa yang beritahu kepada makcik kantin yang tinggal 1 blok dengan rumah pelajar terbabit. So, makcik kantin pergi tegur emak pelajar terbabit dan pelajar terbabit memang ada di rumah pada masa itu, alasan ke hospital hanya lah alasan emaknya semata-mata!. Selepas itu tidak sampai 10 minit kelihatan ayah pelajar tersebut menghantar anaknya masuk ke sekolah. Adakah begini mentaliti masyarakat Felda?? Katanya kalau tak ambil 1 paper sahaja dalam PMR tak kisah pun. Bagi saya tak ambil semua paper pun tak kisah sebab anda tetap akan naik ke tingkatan 4, so apa masalahnya? Buat apa bersusah payah selama 3 tahun untuk umtuk menduduki PMR? Rasa nak bagi pelempang ke kat budak tu (kalau boleh dengan emaknya skali!). Setinggi-tinggi terima kasih kepada makcik kantin yang mengambil pendekatan berani dengan pergi menegur emak pelajar tersebut. Ini cuma sebahagian daripada kes mentaliti masyarakat felda, ada lagi banyak sebenarnya.

8 comments:

nik awin said...

lempang aje..pastu jgn lupa pijak perut sekali..

mak-anak-bapak...same je naik..mati pun x leh nak ubah mentaliti jongos macam ni

Cikgu Chun said...

Kalau boleh memang terasa nak lempang pun!! Menggigil tangan tengok budak tu kat sekolah! Sabar je lah jawabnya....tapi dalam kes ni, parent dia yg PALING2 teruk!

Anonymous said...

korang kalau nak suruh pelajar pgi exam jangan sampai p rumah,

ikut pekeliling la, wat ape susah2, memang nak cari pahala, tapi bila jumpa keadaan macam ni , menambahkan kemarahan baik tak yah,

bukan phala korang dapat dosa ada lee, oleh itu jangan jemput, biarkan kerajaan tau macamana nak atasi tu je,

Cikgu Chun said...

Entahsape,

Bukan nk cari pahala pun.. Baik pergi masjid kalu nk buat pahala kan, lg besar dpt drp p umah bebudak siot tu!. Tp klu blh aku nak smua pelajar2 aku lulus sbb subjek KHB ni lain skit drp subjek lain. Lg 1, kementerian dan pekeliling tu tak kan soal pun pelajar tu kalau dia tak dpt 100%, yg kena soal ialah ketua panitia.

milla said...

entahlah cikgu chun...tak semua mentaliti org felda mcm tu! tapi mmg ada yg mentalnya tak brp bijak...senang cite ini dah kes terlalu memanjakan anaklah tu...

Cikgu Chun said...

milla,

Ya, betul tu...bukan semua org felda macam tu. Tapi felda di tempat sy ni memang banyak sangat dah kes2 seumpama ini...parent x pentingkan pelajaran anak2...kalau ada apa2 siap backing anak lagi tu. Payah lah kalau ada parents macam ni. Dalam daerah Segamat ni ada 3 felda, tapi felda tempat sy mengajar ni yang paling teruk dengarnya. Tahun lepas je seramai 63 orang pelajar kena buang!! Paling tinggi dalam daerah Segamat.

nora said...

Salam,

Sedih rasanya bila tgk generasi skrg cam tu... tapi rasanya generasi felda sekarang ngan zaman saya dulu mmg jauh berbeza.. Zaman skrg parent lebih percaya cakap anak2 berbanding kita dulu..kalau kita dulu kena denda kat sekolah tak berani nak ckp ngan mak ayah.. takut nnt kena tambah lagi, tapi zaman sekarang keadaan sebaliknya...mungkin kerana taraf hidup.. dulu nak berbelanja pun kena berdikit-dikit, tapi sekarang anak minta terus dapat.. malahan anak minta motor sebijik pun boleh dapat.Kenapa ini terjadi?????

Pada saya, tidak mengambil berat dan terlalu memanja dan mempercayai anak2 menjadi punca ini. Masalah sosial dikalangan generasi felda sekarang pun semakin meruncing..


P/s : kalau anak saya yang buat cam tu, hmmmm tak tau la apa yang akan saya buat kat mereka..tapi yang pasti saya selalu pesan, " ...ibu dulu nak dapat duit belanja 20 sen sehari pun susah, korang nak ke jadi cam tu?.. kalau tak nak belajarlah seberapa tinggi yang boleh, seberapa berjaya yang boleh, kalau tak nak hidup susah kelak.."

Cikgu Chun said...

Nora,

hhhmmmm...betul tu kata kak nora!. Sy sokong 100%. Dulu sy pegi sek x penah diberi belanja sekolah pun. Cuma time nak beli apa2 keperluan je sy minta. Itu pun sy x penah merungut sebab sy sedar sy ni dari keluarga miskin. Budak2 zaman skrg ni memang mewah sangat. Dtg sek dengan motor sendiri, belanja sek ada yg sampai RM5/hari. Tu yg naik tocang tu. Suh blajar malas!. Besok bila dah besar baru nak menyesal....

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP