
Sejak akhir-akhir ni perut memang kenyang dengan menghadiri rumah terbuka dan jamuan hari raya. Dua hari lepas, pihak pengurusan Felda Palong Timur 1 yang adakan majlis jamuan hari raya, semalam pihak pengurusan Felda Palong Timur 2 pula dan diturut serta dengan SK Palong Timur 2…majlis yang serentak. Itu kiranya yang besar-besar, belum kira yang orang perseorangan lagi. Bermula pada hari ini aktiviti rewang (gotong-royong) untuk majlis hari raya di sekolah aku pula yang akan bermula. Walaupun majlisnya pada keesokan hari, tapi disebabkan oleh kekurangan kakitangan dan dengarnya akan ”menumbangkan” seekor lembu”, so bermula pada hari ini lagi akan bermulanya aktiviti rewang. Teringat pula aku di zaman persekolah aku dahulu iaitu sewaktu di bulan membuat syura. Setiap tahun majlis itu diadakan dan setiap kelas diagih-agihkan jadual untuk mengacau syura. Sebanyak 12-13 kawah besar yang dibuat dan kawah-kawah tersebut dipinjam daripada surau dan masjid2 disekitar sekolah....memang seronok jika diingat semula dan mungkin juga suasana sedemikian semakin susah untuk dirasai oleh pelajar-pelajar kita sekarang ini. Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada pihak yang menjemput warga SMK Palong Timur ke majlis jamuan hari raya terutamanya FPT 1, FPT 2 dan SK PT 2.









6 comments:
boto2, memang banyak tompek buek ghumah terbuko, den pun ghajin poie mengonyang an poghut, tapi hati2, kok ado lak t yg kono daghah tinggi, tak pun koncing manih, lagi 1, jago2 gak makan, kok tak nanti sluar dah tak muek, poghut dah naik sampai tigo inci...wakakakaka...
mlm nie ado rewang, ekau jgn lupo amek gamba den, gamba oghang lain yo yg banyak, gamba den satu hapah pun takdo...
len kali kalo nak gambar ekau tu banyak,...banyak2 lah turun program! kah kah kah...den gurou je ek.
den nie meghondah dighi, tak suko pablisiti...tu yg gamba jaghang ado...hahaha...
Jaga perut tu, jangan ke depan plak..kang tertuka ngan ibu mengandung
imanshah,
Perut sy ni dah semakin maju ke depan pun...risau jugak ni! maklumlah, makan banyak, tapi senaman kurang.... hehehe
Post a Comment