Tuesday, September 8, 2009

Tolong Cikgu, Saya Janji Tak Kan Buat Lagi…

Minggu lepas aku bertugas. 4 hari je pun bertugas selepas tolak 31 Ogos.



Hari pertama aku bertugas telah berlaku satu kes disiplin. Kes merokok. Soal dia tak puasa itu dia punya pasal lah, cuma yang aku nak nak ceritakan di sini ialah dah banyak kali sangat dah pelajar tingkatan 4 tersebut melakukan kesalahan disiplin.



Pada 2 tahun lepas dia pernah mengaku kepada aku siap minum arak. Tapi bukan sekadar arak aku fikir sebab kalau minum arak urine test tak kan sangkut. Masa itu, dia dah jadi kes polis.



Sewaktu kejadian minggu lepas tu aku dah perasan yang pelajar ni asyik mundar-mandir je, sesuai sangat jadi ”Juru Ukur”. Ukur bangunan sekolah!.


Selepas itu aku masuk ke makmal komputer untuk minta pelajar bersihkan makmal kerana pada hari tersebut blackout. Mungkin dia ingatkan aku tak perasan yang dia melintasi makmal komputer untuk ke stor di hujung bangunan yang telah pun kosong itu.



Aku cepat2 mengekorinya dari belakang, dan selepas je aku keluar dari pintu makmal aku tengok dia mengintai di sebalik daun pintu stor takut2 ada orang yang datang. Selepas itu dia cepat2 lari ke dalam untuk membuang putung rokoknya.



Aku masuk dan mengcekup pelajar terbabit, bau gudang garam masih lagi kuat. Bila aku tanya mana kau buang rokok, dia kata di belakang tingkap, di luar koridor. Aku nak heret dia pergi jumpa guru disiplin, pucat mukanya. ”Tolong cikgu, saya janji tak kan buat lagi”. Itu lah rayuannya pada aku.


Aku menghendik pelajar tersebut, ”engkau ni dah banyak kali sangat dah buat kes, tapi tak serik-serik juga!”. Dia masih lagi merayu pada aku supaya tidak dibawa ke guru disiplin.



Bila aku tanya kenapa tak nak pergi jumpa cikgu Din, dia kata dia takut kena buang sekolah sebab dah banyak kali sangat dah dia buat hal. Dalam hati aku bagus juga kena buang. Padahal aku tahu sebab utama pelajar2 terbabit takut kena buang ialah takut kehilangan biasiswa Pendidikan Khas! Ya lah, 1 tahun boleh dapat samapai RM1000. siapa lagi nak bagi kan....



Aku mengheret pelajar tersebut untuk berjumpa dengan guru kelasnya yang hanya berada di tingkat bawah. Aku hanya dengar gurunya membebel.



Aku tahu, pelajar macam ni memang dah boleh berubah dan melalui pemerhatian aku mungkin hanya 1% sahaja daripada 100 orang yang bermasalah akan berubah (termasuk org dewasa). Ini kerana ia melibatkan sikap (dalaman).



Nak ubah sikap memang terlalu susah dan hampir mustahil. Kaunselor je akan kata boleh, tapi kalau kita minta dia ubah sikap dia sendiri pun belum tentu lagi dia boleh mengubahnya.



Kalau boleh ubah pun hanya sekejap, selepas itu akan balik ke sikap asal. Ini lah yang dikatakan sifat manusia.



2, 3 hari selepas itu, aku dengar pula daripada isteri aku mengatakan pelajar tersebut mengganggu (nak mengorat kononya) seorang pelajar perempuan...siap paksa2 pegang tangan pelajar perempuan tersebut.



Aku berkata kepada isteri aku, KAN AKU DAH CAKAP....

9 comments:

JOHN DOE said...

kalau aku ada kat situ memang berdesing telinga kena lempang...ko pun tau aku mcm ne, mmg tak bagi can!!

Cikgu Chun said...

Besok dia buat lagi... Sebelum ni pun entah dah berapa kali berdesing buntut dia kena sebat tu. Tapi buat lagi...

imanshah said...

mana2 samalah yang kat asrama penuh ni pun sama...budak2 sekarang, bukan makan saman...tapi memanglah duit biasiswa mereka banyaklah sekarang..kalau Petronas kat sekolah saya dapat 1,500 setahun

Cikgu Chun said...

imanshah,

Tu lah pasal, kalau dah terjal tu memang susah dah nak diubah. Kalau ikutkan, dapat ubah sikit pun cukup lah....biar dengar kata je. Sama lah dengan biasiswa PK ni, rasanya lebih kurang RM150 sebulan mereka dapat. Tp PK sek sy ni bukan yg cacat tu, cuma yg lembab dalam penalajaran je...yg benar2 PK hanya ada 2, 3 orang je.

dakmus said...

Akum..mewah anak orang miskin sekarang..tapi tak tahu nak urus duit...sepupu aku seorang dapat duit bantuan beli Playstation...

Cikgu Chun said...

Dakmus,

Kt sek sy ni nasib baik guru kelas mereka yang pegang buku akaun, kalau tak dah lama habis!. Bukan stakat beli yg bukan2, tapi ada kes yang bapak mereka pun ambil duit tu untuk kegunaan keluarga/sendiri tak tau ler...

waruna said...

ckgu chun, emel akak ;
wanrusnah@gmail.com

kelambuharimau said...

emm..itulah cikgu..dulu waktu belajar saya nakal jugak..lagi teruk dari tu..tapi sekarang dah insaf..

Cikgu Chun said...

Kelambuharimau,

Yang saya risaunya, insaf dikemudian hari dah terlewat. Maksud saya, jika kita sudah ketinggalan dalam pelajaran/pendidikan, kita dah tak boleh dah nak patah balik dah. Kalau insaf awal2 tu sempat lg nak tolong kan. W/bagaimanapun, sekurang2nya dah insaf kan... Syabas....

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP