
Sudah lama rasanya saya tidak update blog. Minggu lepas masa balik bercuti di kampung, langsung tak mengadap PC sebab tak ada internet. Hari ini terasa pula nak postkan tajuk mengenai Ops Sikap 20 ni kerana isu ini memang hangat diperkatakan. Sebelum ini isu H1N1 yang hangat, tapi bila keluar statistik Ops Sikap 20, isu H1N1 bagaikan terus tenggelam. Mana tidaknya, setakat hari ni angka kematian akibat virus H1N1 hanya lah 77 orang sepanjang lebih kurang 3 bulan virus tersebut melanda berbanding dengan 261 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh hanya 2 minggu!. Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa masyarakat tidak merasa pelik dan hairan pun dengan kematian-kematian akibat kemalangan jalan raya tersebut. Ini adalah kerana, setiap hari kita didedahkan dengan berita-berita mengenai kematian akibat kemalangan di jalan raya dan lama kelamaan ianya sudah menjadi sebati dengan diri kita. Sikap pemandu adalah punca utama kepada kemalangan maut tersebut. Ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Bak kata KPN, kalau dihukum mati sekali pun, masyarakat akan tetap melanggar undang-undang jalan raya. Ini menunjukkan bahawa masyarakat tidak sesekali takut/endah kan hukuman undang-undang yang dikeluarkan oleh JPJ. Dan kerajaan juga seharusnya sedar bahawa mereka perlu mencari pendekatan baru dalam menangani masalah ini dan bukannya dengan hanya mengambil jalan mudah dengan menaikkan harga saman dan sebagainya. Kalau setakat nak keluar idea macam itu, sesiapa pun boleh jadi menteri kan!. Contohnya, kalau saya ini seorang yang kaya, buat apa saya nak hiraukan saman tersebut sebab saya mempunyai wang untuk membayarnya….langsung tiada masalah. Kes ini sama lah dengan perokok. Kerajaan hanya mengambil jalan mudah dengan menaikkan duti import rokok semata-mata supaya masyarakat tidak membelinya!. Tetapi adakah pendekatan ini berkesan? Orang ramai terus juga membelinya… mungkin ada kesannya, tetapi terlalu kecil. Mungkin kita semua patut fakir-fikirkan apa yang seharusnya dilakukan bagi menangani masalah tersebut walaupun kita tidak ditugaskan untuk menyelesaikannya….



10 comments:
ekau pun bawak keto mcm F1 yo den nengok....hahaha...
Den tok ponah bawok keto macam F1, lagi pun keto den kocik jah. Kalo ko tu betui lah den nengok, len kali den x sanggup lagi naik keto dongan ko!! Sini den nok posan nih, ingatlah kat anok bini tersayang nuh semaso bawak keto tu yo... kih kih kih
ntah nye..
kenapa macam syok je kire jumlah orang mati kemalangan...
buat Ops Bentras Miskin tegar ke... Ops Maid Lari ke..Ops Lesen Terbang ke.. Ops Pelajar ponteng ke. dll...
benda2 yang boleh dipertingkatkan...for real.
Mati akan tetap mati gak.
Salam,
Betul tu... kekadang kita patut / boleh tolong fikir-fikirkan idea atau cara yg patut untuk masalah ni... mungkin buat satu/dua topik dalam mata pelajaran sivik kat sekolah o.k kot...ajar dari sekolah rendah lagi.. tiap2 bulan masuk dalam periksa he..he.. budak2kan cepat mengikut..sekarang ni cuma secara lisan je kan, pastu untuk org dah dewasa.. mmg tak masuk..sbb org dewasa ni fikir mereka dah cukup senior untuk untuk dengar sebarang nasihat..
kekadang kita ni sesuatu yang dah terjadi baru nak menyesalinya.. tapi tak de makna kan..Sekadar pendapat je..
Ntahlah, kalau di negara2 maju, pemandu memang cukup berhemah, dan boleh dikatakan jarang mendengar tentang kemalangan jalan raya, Kita di Malaysia je.. mentaliti rakyat kita masih berada di tahap kelas ke-3.Nyawa itu kurang penting gamaknya
Setiakasih,
Dok syok kira org mati pun ada juga yang masih x sedar2. Bagi sy memang patut pun buat ops sikap ni, kalau langsung x buat agaknya mesti lagi ramai yang mati kan....sampai tak terkira-kira dah.
Nora,
Saya rasa dulu kan pernah kedengan mengenai hasrat kerajaan untuk menjadikan keselamatan di jalan raya tu sebagai silibus di sekolah rendah. Tapi skrg ni senyap je...entah apa dah perkembangannya...entah jadi ke entah tidak. Kalau nak nasihat org dewasa ni memang dah tak jalan dah....udah liat org kata.
imanshah,
Nak ubah mentaliti kelas ke-3 tu yang jadi tugas berat tu. Bukan dalam aspek penggunaan jalan raya je, paling senang tengok penggunaan tandas awam je....nak ubah mentaliti masyarakat kat situ pun dah x boleh. Ini lah yg memerlukan komitmen semua masyarakat, x kira tua atau muda.
den nak buek ops sikap kek ekau lak ha...sikap x ghoti nak update blog...nak ditempeleng kang ekau tempeleng den balik...
John Doe,
Update time senang lenang dan time ada cerito dan berito jah... walaupun begitu, den check tiap2 hari tau....hang boleh lah update tiap2 hari, ngajor 8 waktu jer...
Post a Comment