Thursday, September 3, 2009

Bulan Ramadhan Bulan Sembelih

Seingat saya setiap kali tibanya musim ramadhan, saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkungjung ke pasar-pasar ramadhan. Mencari lauk-lauk segera adalah kegemaran saya.


Kalau di Segamat, pasar ramadhan yang besar sedikit terletaknya di Taman Yayasan dan pada tahun ini diwujudkan pula di jejantas kedua Segamat.

Semasa belajar di UPM dulu, of course di Taman Sri Serdang dan kalau di UKM adalah di Seksyen 15 dan di Kompleks PKNS.

Memang meriah!. Itu sudah pasti.

Walaubagaimanapun, peniaga-peniaga di pasar ramadhan semuanya adalah “kaki sembelih”!. Bukan sembelih ayam atau lembu untuk dijual, tapi sembelih manusia dengan harga yang melampau tinggi.

Yang menariknya juga, dalam bulan ramadhan ini juga lah wujudkan peniaga-peniaga ekspress yang mana kemunculannya hanyalah di dalam bulam ramadhan sahaja…selepas itu dah tak nampak lagi mukanya (untung besar agaknya).

Semasa saya dalam perjalanan dari kampung untuk ke Segamat baru-baru ini, sempat juga saya singgah di pasar ramadhan Kuala Berang, memang meriah sebab besar. Saya juga sempat bertanya harga kepada seorang makcik yang menjual lauk-pauk bagi seekor ikan keli. Terperanjat saya dibuatnya apabila seekor ikan keli yg hanya bersaiz sederhana (mungkin belum sampai ke tahap sederhana lagi) dijual pada harga RM5-6 seekor iaitu sama dengan harga sekilogram ikan keli hidup!.

Begitu juga dengan lain-lain pasar ramadhan, harganya memang berlipat kali ganda.

Itu cerita si penjual lauk-pauk. Apa pula cerita si penjual barang-barang basah? Pun sama juga.....agaknya dah jadi trend dalam bulan puasa ini adalah bulan untuk sembelih manusia!

Kesian kepada pembeli-pembeli....

Sup daging menjadi kegemaran
Pelbagai lauk pauk dijual
Murtabak tidak ketinggalan

9 comments:

mantan said...

Cikgu Chun,
Memang ramai yang kena 'sembelih'.
Kelmarin say membeli seekor ikan keli goreng (kecil je), harganya RM3.

Tengahari tadi saya beli sekilo keli(6 ekor) harganya RM6. Petang ni puaslah makan lauk keli goreng.

imanshah said...

Hurm, ni nak kaya segera ni, tapi guna jalan yang salah..

Cikgu Chun said...

mantan,

ya, betul tu. Memang mahal. Tapi bukannya apa kan, kadang2 dalam bulan puasa ni org malas nak masak, so lebih suka beli yg dah siap...tapi bila beli yg dah siap ni kita siap kena sembelih!.

Org rumah sy pun suka makan ikan keli, tu yg berhajat nak beli ikan keli tu. Tp bila dah mahal sgt, x jadi lah. Bukannya tak boleh nak beli RM5/6 seekor (bknnya tiap2 hari beli kan), tapi kalau kita beli jugak maknanya kita menyokong mereka menindas kita dengan harga yg tidak berpatutan.

Cikgu Chun said...

Imanshah,

Memang ramai yg akan kaya segera dalam bulan puasa ni. Mereka hanya pandai mengambil kesempatan dalam bulan puasa ni, tetapi tidak pandai untuk memikirkan nasib orang lain.

waruna said...

saya tahun ni insyaAllah belum beli kat kedai, cuma suami sy ade la beli solok lada kegemarannya. nak buat tuh boleh tapi tak berbbaloi sbb yg mkn solok lada dia sorang sj.

ckgu chun ada soalan s.pertanian percubaan johor tak? boleh tukar2 dhn trg

Cikgu Chun said...

Kak Waruna,

Soalan percubaan ada. Tapi buruk je lah coz print sendiri. Lg pun dalam daearh Segamat ni hanya 3 buah sek je yg ambik SP, sebab tu lah masing2 cetak sendiri. Bagi je saya email, nanti saya send kan.

JOHN DOE said...

EKAU MINTAK LA ISTERI KO MASAK KAN CHUN...JIMAT MA...

Cikgu Chun said...

John Doe,

Setiap hari pun aku dah makan air tangan bini aku. Terasa juga nak rasa air tangan kat pasar nu haa....mana tau ada yg boleh ngalahkan air tangan bini aku! hehehe

JOHN DOE said...

ekau nak makan tangan den tak?hahaha

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP