Friday, August 28, 2009

“Ops Remis”

Kemunculan remis yang begitu banyak pada tahun ini di pesisir pantai terutamanya di pantai Melawi, Bachok menyebabkan penduduk di sekitar kawasan ini berpesta remis. Remis ini berbeza dengan remis yang biasa dilihat iaitu yg bewarna putih dan kecil, tetapi remis ini bewarna agak kehitaman dan sebesar ‘etok’ (local name in Kelantan bagi sejenis kupang) malah ada yg lebih besar dari etok. Aku juga tidak melepaskan peluang ini semasa balik bercuti pada minggu lepas. Aku cuma mendapat tahu selepas membaca sisipan akhbar Berita Harian yang bertarikh 21 Ogos yang lepas dan selepas bertanya kepada orang kampung, ternyata remis begitu banyak semenjak dari bulan 6 lagi. Pada setiap tahun remis ini memang wujud, cuma jumlahnya yang agak banyak pada tahun ini yang menyebabkannya heboh sehinggakan terpampang di dalam akhbar. Walaubagaimanapun, hanya beberapa hari selepas itu baru aku sempat pergi mencari remis kerana terlalu banyak ‘tugas’ semasa berada di kampung. Selepas mempunyai sedikit masa terluang, aku mengajak wife dan saudara aku pergi mencari remis di pantai Melawi yang hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit perjalanan pun dari rumah aku. Setibanya di pantai, aku tengok tidak begitu ramai orang seperti yg disangka dan dalam hati aku mungkin remis sudah tiada lagi ataupun mungkin sebab bulan puasa yang menyebabkan tiada orang yang turun mencari remis. Tetapi selepas mencari, ternyata remis masih lagi banyak dan tidak mungkin akan habis walaupun tiap-tiap hari dikutip!. Tidak sampai 2 jam kami mencari (sebab hujan), sebanyak 6-7 kg yang dapat. Aku bercadang untuk kembali lagi selepas balik bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Keratan akhbar pada 21 Ogos yang lepas.


Tanpa menggunakan sebarang peralatan dan hanya dikutip dengan tangan. Dalam masa beberapa puluh minit sahaja, sudah banyak yang kami dapat. Seronoookkkk.....


Pemandangan pada waktu petang di pesisir pantai Melawi (sebelum hujan).


Orang ramai sedang mencari remis dengan suasana yang hampir nak hujan. Selepas tu kami cabut lari sebab hujan.


Ini baru sikit. Kami dapat 1 besen besar remis.


Remis yang baru dapat kena rendam dulu dengan air laut lebih kurang 2-3 jam sebelum dimasak supaya remis-remis tadi meluahkan kan pasir yg ada dalam cengkerangnya. Kalau tak, makan pasir lah kita jawabnya!! Haus gigi bebbb...



Inilah rupa remis yang telah dimasak. Yang berserabut tu serai ek, jangan silap plak... Yang selebihnya aku jeruk sebab tak habis nak makan sekali gus.



P/S: Selepas Ops hari ke-2, hampir demam aku dibuatnya sebab berjemur di bawah cuaca panas. Padan muke aku...hehehe..

7 comments:

imanshah said...

Salam..aku memang hantu etok..sedapnya.tak pernah plak tengok remis warna hitam..kat bachok je kowt ada!!

Cikgu Chun said...

imanshah,

entah lah iman, aku sendiri yg dok tepi patai ni pun x penah tengok lagi. Ni lah kali pertama aku jumpa remis yg sebesar etok dan bewarna hitam. Tapi sedap lah coz besar... agak2nya boleh salai macam etok jugak kot...

Aidil Fadzil said...

Salam, itulah kebesaran Allah. Diberinya bentuk yang sama rasanya berlainan. Syukurlah.

dakmus said...

akum..nampak macam sedap aje..melilih air liur..

Cikgu Chun said...

Aidil Fadzil,

ye betul tu....


dakmus,
Nampak macam sedap? meh la try, memang sedap pun....

mendewa said...

fuhhhhh....memang sedap tu (yang dalam pinggan tu)

Cikgu Chun said...

mendewa,

ye la... balik nanti ingat nak pi cari lagi sebab tak puas lagi makan.

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP