Monday, August 17, 2009

Konvokesyen

Pengorbanan masa, tenaga, dan wang ringgit selama 2 tahun akhirnya telah membuahkan hasil apabila aku telah dikurniakan segulung sarjana awal pagi tadi. Tambah bermakna lagi apabila yg mengurniakan ijazah tersebut adalah Tuanku Canselor UKM sendiri. Walaupun konvokesyen ini hanya ditemani oleh isteri, tetapi ia cukup bermakna kepada aku. Walaubagaimanpun, dengan jumlah penerima sarjana yang begitu ramai menyebabkan aku terasa ijazah sarjana sekarang ni sudah tidak bermakna lagi. Kalau dulu, sesiapa yg memiliki sarjana sudah dianggap hebat, tapi sekarang ni mungkin sudah tiada lg kata2 sebegitu. Ini menunjukkan bahawa landskap dunia pendidikan sudah berubah. Manusia semakin sedar akan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Mungkin ada yg menyambung pengajian untuk meningkatkan taraf hidup, pangkat, ilmu dan mungkin juga kerana untuk mendapatkan satu kepuasan diri. Walau apa sekali pun tujuan mereka, yang pastinya ada 'sesuatu' yang diperolehinya. Bagi aku sendiri pula, dengan menyambung pengajian adalah untuk membuktikan bahawa aku juga boleh!. Kalau orang lain boleh, kenapa aku tidak? dan buat masa ini aku tengah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menyambung ke peringkat yang tertinggi dalam pendidikan. Semoga harapan aku akan berjaya suatu hari nanti.

Antara coursemate yg sempat bergambar.
(En. Tafizam-SMT Cheras, En. Ismail Ahmad- Pen. Pengarah BPTV, KPM dan aku)

Sejambak bunga daripada isteri (siapa lg nak bagi kalo bukan bini..)

Saya dan isteri

21 comments:

nora said...

Salam... Tahniah di atas kejayaan mendapat segulung ijazah sarjana. Moga segala ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam mendidik anak2 generasi warian bangsa. Tahniah !

nora said...

opps... salah la pulak. anak2 generasi warisan bangsa...

JOHN DOE said...

TAHNIAH MASTER CHUN...WALAUPUN AKU BLM KONVO TP BLAZER AKU DAH MENDAHULUI...HAHAHA...

Cikgu Chun said...

Nora,

Terima kasih banyak2... ya, sudah tentu sy akan gunakan ilmu yg sy ada untuk mendidik anak bangsa.

Cikgu Chun said...

John Doe,

Terima kasih kawan... dan terima kasih juga kerana pinjamkan blazer ko tu. Lepas ni nk sambung pinjam lagi ni, untuk bergambar ket studio pulak. hehehe

mendewa said...

Tahniah...mudah-mudahan menjadi perangsang untuk melangkah ke peringkat phd.

Cikgu Chun said...

mendewa,

Terima kasih di atas ucapan.
Memang sy tengah bincang dengan kawan2 untuk sambung ke phd. moga2 dapat semangat baru lah nanti...

mantan said...

CC,
Tahniah. Teruskan usaha semoga berjaya mencapai cita-cita murni itu.

Cikgu Chun said...

mantan,

Terima kasih banyak2 atas sokongan cikgu Wahab. Akan sy berusaha nanti.

P/S: Dpt gelaran baru lah.. CC! Bukan Chief Clark ek....

Noli said...

tahniah tahniah..

selmat berposer chekgu dan isteri..hehe

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Cikgu Chun,

"tahniah",

"selamat berpuasa".

Aidil Fadzil said...

Tahniah...tahniah..tahniah..semoga terus mencapai kegemilangan. Pengorbanan akhirnya terbalas jua. Daki pula hingga ke PHD.

dakmus said...

akum cikgu kenal tak roslan ibrahim

Cikgu Chun said...

Noli,

Terima kasih... hhhmmm, saya tak pose pon.. just wish kat org bleh ler...

:)

Cikgu Chun said...

Zulkifli Mohamed,

Terima kasih... Selamat berpuasa... :)

Cikgu Chun said...

Aidil Fadzil,

Terima kasih. Ya, saya akan cuba untuk daki ke Phd. Tapi kena kumpul daya dulu lah... masih letih lagi rasanya selepas tamat Master nie...

Cikgu Chun said...

Dakmus,

Saya kenal sangat lah Roslan Ibrahim tu. Dia ngajar 1 sek dengan saya. Kawan Dakmus ke??

setiakasih said...

Salam.. Tahniah..
Amik HLP ke? CBTG? heheh

Cikgu Chun said...

Setiakasih,

Terima kasih...

Saya buat pakai modal sendiri je. Nak harapkan HLP tu memang susah lah... nak cepat dan senang kena pakai duit sendiri lah jawabnya.

dakmus said...

akum..cikgu...saya nie ajen cari jodoh roslan...dia nie memilih sikit...nak orang selancar aje...suruh dia tangguh ambik phd ..kawin dulu...esok kalau dah mati..anak-anak boleh doakan

Cikgu Chun said...

Dakmus,

ye ke? hahaha... kita org pun selalu cakap kat dia suh kawin dulu...sebab skrg ni dia lah pengerusi "Kelab Bujang" kat sek kita org!! Ada org nak kat dia pun dia pulak yg memilih.... kih kih kih...

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP