Hari ini masih terasa lagi penatnya selepas balik dari hari keluarga semalam. Namun, apa yg penting ialah enjoy...melupakan seketika kepenatan bekerja. Hari keluarga pada tahun ini diadakan di Endau Beach Resort, Penyabong. Tempatnya tak lah berapa besar, kecik je. Tapi pemandangannya memang menarik. Pantainya ditumbuhi dengan berpuluh-puluh pulau2 kecil yang menjadi ikon utama kepada pengunjung2. Secara keseluruhannya, tempatnya simple tetapi menarik.
Singgah berkhelah di Pantai Hiburan, K.Rompin semasa dalam perjalanan ke resort penginapan
Pemandangan dari bilik penginapan. Tapi awas, kawasan ni banyak kera, banyak dah barang2 kena curi!.
Kalau tak mandi kolam memang tak sah!. Salah satu pra-syarat sebelum mengadakan hari keluarga ialah, tempat penginapan mesti mempunyai kolam renang!.
Malam BBQ.
Kalau perasan, batu tersebut berbentuk tapak kaki pada salah sebuah pulau. Dengan menyewa sebuah bot (bot nelayan yg x tahan tu!), kami dibawa mengelilingi pulau2 yg ada di sekitar tersebut. Tapi panas beb, naik bot nelayan tak der bumbung...
Kelong INU. Menjadi tumpuan para kaki pancing.
Kelong Acheh. Hanya berdekatan dengan Kelong INU.
Setelah percubaan kali ke-3 baru dapat naik bot!.Apa nie ustazzzz.....

2 comments:
Best2..sekolah kami dah lama tak buat family day!!
Imanshah,
Tahun lepas sek sy 2x buat hari keluarga. Sekali di Rompin, Pahang dan skali lagi di Melaka.
Post a Comment