Setiap hari kita akan kedengaran mangsa2 terbaru akibat daripada virus H1N1 dan yang terbaru setakat hari ini telah mencecah kepada 14 kematian. Paling teruk ialah di Melaka. Sesiapa yang dijangkiti oleh H1N1 akan dikuarantin, termasuk seluruh keluarganya. Di tempat aku sudah kedengaran 2 kes. Semua keluarganya kena kuarantin. Aku mula terfikir, nak pergi mana2 pun dah tak selamat skrg ni. Tapi kalau dah terpaksa pergi maka kena pergi juga kan. Cuma apa yang aku tak puas hati dengan kerajaan dalam menangani kes ini ialah mengenai PENGUATKUASAAN. Seperti yang telah dipersoalkan oleh masyarakat sebelum ini, bagaimanakah kementerian (kesihatan) akan memastikan keluarga yang dikuarantin akan benar2 'terkuarantin' di rumah? Kalau aku sendiri pun yg kena kuarantin, aku rasa aku juga tidak selesa berada dalam rumah lama2, mesti mahu keluar juga..lagi pun tiada sesiapa yang peduli kan. Ini satu hal yang menunjukkan bahawa pendekatan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan adalah tidak menyeluruh dan tidak tegas. Ditambah pula dengan tahap kesedaran masyarakat yang rendah lebih memburukkan lagi keadaan. Cadangan aku ialah:- Kerajaan menempatkan pasukan keselamatan (seperti anggota polis/tentera/RELA/PBSM/NGO2) untuk mengawal rumah2/keluarga yang dikuarantin mengikut syif masing2. Aku percaya setiap daerah mempunyai pasukan tersebut, so lebih mudah untuk menguruskannya. Bila lagi nak menggunakan khidmat mereka kalau bukan semasa bencana seperti ini??. Kawalan tersebut bukan untuk apa, hanya untuk membantu keluarga yg dikuarantin mendapatkan keperluan asas mereka dan yang paling penting ialah untuk memastikan mereka benar2 berada di rumah sahaja.
- Kerajaan mengharamkan sama sekali penduduk tempatan yang ingin ke luar negara atas tujuan perlancongan/melawat saudara mara, kecuali yang atas urusan rasmi/kerja sahaja.
- Kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan melaporkan sesuatu perkara dengan telus. Kadang2 dalam kes seperti ini, ayat "kita harap masyarakat jangan panik dan bimbang" itu sudah tidak boleh dipakai lagi sebab keadaan sekarang memang sudah panik dan memang patut pun panik! Adalah lebih bagus jika semua masyarakat panik, barulah mereka akan sedar akan betapa seriusnya wabak ini.
P/S: Ini cuma pendapat peribadi aku berdasarkan pemikiran masyarakat biasa.


10 comments:
H5N1 dulu terus je kerajaan bertindak menghapuskan unggas2...tapi bila H1N1 yg melanda aku tak dengar pun ada babi yg dihapuskan...KERAjaan lagi sayang kan babi dpd nyawa rakyatnya sendiri kot!!!
John Doe,
Masalahnya skrg ni kat Malaysia bukan jangkitan drp babi, tapi jangkitan sesama manusia. Kalau kes babi senang lah nak dihapuskan, ini melibatkan manusia. Mula2 kes import, then yg import tu berjangkit sesama sendiri. Memang pada asalnya disebabkan oleh babi, tapi babi kat oversea lah. Virus ni boleh berubah sifat, mula2 daripada selsema babi, tapi bila dah berjangkit kt manusia dia akan bertukar sifat kepada bentuk yg babi pun tak kenal apa kejadah virus tu. Sebab itu lah WHO suh tukar nama jadi Influenza A H1N1.
Salam Cikgu Chun,
"wabak kali ini agak membimbangkan, angka kematian pun sedang bergerak hari demi hari".
sangat membimbangkan. Hari ini seorang murid saya tak hadir sekolah kerana kakaknya positif H1N1
Pandangan kawe :-
1) sebab itulah H1N1 ni dipanggil pendemik virus kerana ianya berlaku di seluruh dunia. Langkah meminta keluarga dikuarantin adalah tepat namun untuk mengarahkan pihak keselamatan menjaga setiap rumah adalah kurang bertepatan. Penyebaran virus ini tiada kekangan kerana penyebaran berlaku sebelum seseorang itu disahkan sebagai seorang pesakit
H1N1.Jadi langkah penguatkuasaan untuk mengarahkan pihak keselamatan menjaga setiap rumah yang dikuarantin adalah tidak bertepatan
2) Pemahaman maksud Pendemik Virus mestilah jelas. Kerana itulah kerajaan tidak membatalkan urusan keluar masuk negara.
3) Mungkin dengan mengumumkan wabak ini serius dan masyarakat mesti panik memang sangat bagus!! kawe sokong
Zulkifli Mohamed,
Salam... Ya, betul tu. Angka kematian asyik meningkat je setiap hari. Ini dah boleh diistiharkan sebagai darurat sebenarnya. Lebih teruk daripada kes selsema burung dahulu (H5N1). Dengan simptom2 yg kurang jelas, lebih memburukkan lagi keadaan.
Kak Waruna,
Sama lah dengan sekolah saya. Dah ada 3, 4 kes rasanya (termasuk yg paling latest pada pg ini) apabila keluarga mereka terpaksa dikuarantin di rumah akibat daripada positif H1N1. Semuanya adalah jangkitan daripada keluarga mereka. Naik risau juga skrg ni walaupun tinggal jauh di dalam Felda.
Azril,
Masalahnya skrg ni, yg dah disahkan positif H1N1 dan dikuarantin di rumah pun masih boleh bebas berkeliaran. Sipa yg tahu mereka H1N1? Tak ada org yg tahu, kecuali jiran2 mereka je. Kalau mrk keluar jauh skit dr rumah, dah tak ada siapa yg tahu. Bg sy, dengan menempatkan pihak keselamatan untuk berkawal adalah bagus krn dapat memastikan mereka benar2 dikuarantin. Jauh lebih baik drp membiarkan mereka begitu sahaja. Oleh itu, bagi sy penyebaran virus ini boleh dikekang selagi adanya penguatkuasaan yang tegas. Masalahnya kementerian tidak tegas dalam menangani gejala ini.
Sebenarnya krjn boleh membatalkan urusan perlancongan ke luar negara. Ini adalah hak negara masing2. Tapi ini semua mungkin disebabkan oleh masalah diplomatikal/hubungan negara/ekonomi dan sebagainya yg menyebabkan mereka masih meneruskannya. Ada 1 negara yg sy pun dah lupa negara mana membatalkan urusan umrah rakyatnya baru2 ini. Ini adalah 1 langkah yg tegas negara berkenaan dalam menangani masalah ini.
Dengan mengumumkan wabak ini serius dan membuatkan masyarakat panik pun belum tentu cukup berkesan sebenarnya kerana rakyat kita tidak pernah panik!. Kalau tak percaya cuba buatkan masyarakat panik dan pada masa yg sama lancarkan program "Jom Heboh", mesti masih ramai yg pergi. Ini kerana, melalui pemerhatian sy, masyarakat kita memang suka berhibur!.
Baru2 ini sy dengar sambutan malam kemerdekaan tidak akan dibuat pada tahun ini dan mungkin sehingga 2011. Tapi tengok, dah nak buat pulak dah.... kerajaan sendiri pun sama sebenarnya.... tak serius!. Mereka bg alasan akan test suhu badan semua pengunjung2. Sanggupkan mereka buat ujian seramai 50,000 - 100,000 pada mlm tu??
SOKONG!!!...
KERAJAAN KADANG-KADANG MENGUARKAN SUPAYA JANGAN BERKUMPUL DI TEMPAT RAMAI DAN DALAM MASA YANG SAMA MASIH MENGANJURKAN PROGRAM YANG MENGAJAK KITA BERKUMPUL...TAPI BILA PK-PK BALIK..DILUAH MATI EMAK, DITELAN MATI BAPAK...KALU TAK DIBENARKAN BERKUMPUL AKAN ADA MULUT-MULUT "JAHANAM" YANG AKAN BERKATA - JANGAN ADA SEMAYANG JUMAAT- ITUKAN BERKUMPUL NAMANYA...HAAA..APA NAK DIKATA?
Ya, betul tu... Lepas ni ada lagi perhimpunan kat Melaka dan Serdang tu, pasal pameran pertanian dan komoditi tu. Dah ler Melaka tu negeri yg paling teruk kena H1N1, lepas tu dok ajak lagi masyarakat pergi beramai-ramai. Tak boleh ker nak hold on dulu program2 yang sesak macam tu....macam dah tak ada "hari besok" ni.
Post a Comment