Saturday, August 15, 2009

Guru Unggul

Guru Unggul, itu lah tajuk utama Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 4/2009 yang baru sekejap tadi berlangsung di sekolah aku. Ceramah tersebut disampaikan oleh En. Bakar Bin Awang, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah PPD Alor Gajah, Melaka. Kursus ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme guru-guru terutamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Di sini aku calitkan sedikit point2 yg sempat aku catat semasa ceramah tersebut yang mungkin berguna kepada para pendidik khususnya.


Guru Unggul

  • Unggul pada majikan
  • Unggul pada rakan-rakan
  • Unggul pada pelajar
  • Unggul pada Tuhan

Definisi Guru Unggul

  • Cemerlang peribadi
  • Cemerlang komunikasi
  • Cemerlang skill / ilmu
  • Cemerlang potensi

Guru Unggul Personaliti

  • Tegas
  • Penyayang
  • Adil
  • Tepati masa
  • Kecindan/unsur humor
  • Bertanggungjawab
  • Kepimpinan
  • Bertimbang rasa
  • Rajin

Guru Unggul Pengajaran

  • Tepati masa mengajar
  • Ikut kemampuan pelajar
  • Kawalan kelas
  • Pengajaran berkesan
  • Bahasa jelas
  • Kawal kelakuan pelajar

Guru Kurang Unggul

  • Beri banyak kerja rumah
  • Kuat disiplin
  • Suka beri nota
  • Mengajar sepenuh masa (tiada selingan)
  • Tidak patuh perintah sekolah
  • Garang
  • Suka denda

Unggulkah anda jika:

  • Suka merungut kepada tugas
  • Jika YA, ada adalah ‘COMPLAINERS’!

    Suka salahkan orang lain
  • Lihat klien dari sudut negatif
  • Tidak tahu selesaikan masalah
  • Bertindak ikut emosi
  • Tidak faham keperluan

Pengertian Komitmen

  • Sedia berkorban
  • Pemilihan
  • Satu kontrak rasmi
  • Penglibatan konsisten
  • Nilai
  • Manfaat
  • Perasaan

Indikator Guru Komitmen Tinggi

  • Rindukan kerja / tempat kerja
  • Sentiasa ingat tentang kerja
  • Tekun/rajin/bersungguh-sungguh
  • Proaktif dan produktif
  • Inisiatif tinggi
  • Utamakan kualiti

Bagaimana Tingkatkan Komitmen?

  • Pembahagian kerja yang jelas
  • Penyeliaan berterusan
  • Empowerment jelas
  • Latihan kreativiti dan komunikasi
  • Peneguhan yang mantap dan tekal
  • Adil dan bijaksana
  • Kemudahan kerja cukup
  • Pengurusan prestasi berkesan

P/S: Pepatah Inggeris mengatakan "RUN TO SCHOOL AND WALK HOME" yang bermaksud pelajar tidak sabar-sabar ke sekolah (sehingga berlari-lari), tetapi amat berat untuk meninggalkan sekolah (hanya berjalan balik).

16 comments:

n@m@n said...

kadang2 guru menjadi tunggul

imanshah said...

diri sendiri yang boleh kenal pasti samada kita ni unggul ke, kurang unggul, ataupun tunggul bak kata n@m@n

nik awin said...

nak jadi unggul kena banyak sacrifice..
jadi la hamba sepenuh masa di sekolah tu..
tido sekolah-makan sekolah.

kerja kerja kerja.

"Indikator Guru Komitmen Tinggi

* Rindukan kerja / tempat kerja
* Sentiasa ingat tentang kerja"

~pesan pada penceramah itu : Dude! get a LIFE!

nora said...

Salam,

Yang sebenarnya pada saya tak terhad pada pendidik saja. Boleh diguna pakai oleh semua individu.. Yang penting tanya pada diri sendiri.." adakah diri ku ini ikhlas dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab seharian"..sebabnya sbgai contoh kalau kita terlalu garang dgn anak2,mereka hormat kerana takut kena marah. mereka tak akan berkongsi apa2 dengan kita sebaliknya mrka akan bercerita dengan orang lain samada rakan, guru atau datuk nenek mereka tetapi jika kita selang seli dengan tegas, mesra dan gurauan kita akan dapati sebaliknya.Ikut keadaan yang sewajarnya utk sebarang tindakan adalah lebih baik. begitu juga antara pekerja dan majikan, anak dan ibubapa juga guru dan pelajarnya.ada masa kita serius,bergurau serta memberi nasihat. Yang penting kita ikhlas dan jujur.

Maaf ye.. panjang berjela la pulak. sekadar pendapat yang ikhlas dari saya.

mantan said...

Guru, oh guru...

JOHN DOE said...

AGAK2 KO AKU NIE SESUAI YG MANE?HAHAHA...ADA CIKGU JADI TUNGGUL, JGN KELUAR BONGGOL SUDAH...T SAMA DENGAN UNTA...WAW!~!~

Cikgu Chun said...

n@m@n,

Ada juga yg penceramah sebut mengenai guru tunggul tu!. Yg bila dah jadi tunggul tu yg susah tu... Bila dah jadi tunggul, "ada pun tidak menambah, tak ada pun tidak mengurang...." dan bagi saya pula, "ada pun macam tak ada, tak ada pun lagi baik!".

Cikgu Chun said...

imanshah,

Masalahnya kadang2 kita ni tak tahu nak menilai diri sendiri. Yg tahu cuma anggap diri kita ni selalu unggul/serba tahu/betul je wlpun kita tak tahu apa2 pun sebenarnya. Dan...ada juga yg kita benar2 dapat menilai diri kita sendiri, tetapi pada mata org lain kita ni macam tunggul...sebab itu lah asyik dapat markah rendah je tu!!

Cikgu Chun said...

nik awin,

Kalau dari segi teoritikalnya memang kena buat macam tu lah untuk jadi unggul. Tp skrg ni dah lain, tak payah makan-tido kt sek untuk jadi unggul...just selalu pergi 'jenguk2' pentadbir tu, ajak minum, ajak borak,time dia lalu time itu lah kita buat2 rajin...kejap je boleh jadi unggul kak. So, x payah lah nak penat2 kan? Tapi sy tak lah macam tu, jauh skali sy nak buat mcm tu. Kaki bangkang lagi ada lah!. :)

Cikgu Chun said...

Nora,

Setiap kali Kak Nora comment sy selalu ambik berat, sebab pada sy comment kak Nora adalah comment daripada seorang ibu/bapa/penjaga anak2 sekolah. Biasa yg comment adalah daripada bidang yg sama dengan saya, sama2 cikgu. Tp mungkin berlainan pandangan dengan seorang ibu/bapa kan.

Apa yang kak Nora cakap tu memang betul. Sy sokong. Dalam kursus itu hari pun dia ada cakap mengenai perkara ini. Jadikan pelajar kita sebagai kawan. Banyakkan bergurau di dalam kelas untuk mengelakkan tekanan di samping untuk mesra. Contohnya (berdasarkan pengalaman penceramah), lepas sebat seseorang pelajar kita ajak dia pergi minum...dengan harapan apa yg berlaku pada dia itu tidak akan disimpan di dalam hati....dan pada akhirnya pelajar tersebut (yg nakal) akan malu pada kita (seterusnya menghormati kita).

Persoalannya: Berapa ramai guru yg sanggup buat begitu?? Saya sendiri pun belum tentu dapat buat begitu. Penceramah tersebut adalah bekas kaunselor, mungkin boleh melalui pendekatan yg dipelajarinya. Tapi bagi kebanyakan guru mungkin pendekatan sebegitu amat melecehkan dan terlalu memanjakan pelajar.

Cikgu Chun said...

Mantan,

Ya, teringat lagi "Guru oh guru".

Cikgu Chun said...

John Doe,

Kalau guru tunggul keluar bonggol x apa, senang nak kenal pasti....nampak je bonggol tu dah tahu cikgu tu tunggul!! Hahaha....

nora said...

Salam Cikgu Chun,

mmg tak ramai orang yang sanggup buat begitu... cuma saya lebih suka berpegang pada kata-kata ni...

.."Cikgu Mesra Murid Ceria, Cikgu Muram Murid Kelam"..

Percaya atau tidak?...Just think about that..:)

Cikgu Chun said...

Salam kak Nora,

Kali pertama sy dengar pepatah ni. Kalau yang mesra tu memang ramai juga cikgu yg mesra dengan murid. Sy tengok kt sek sy pun ramai juga yg mesra dengan murid2...dan hasilnya memang seperti yg kak nora cakap lah, murid akan ceria dan suka kepadanya. :)

Anonymous said...

Hello cikgu,
Tahniah daripada Sean,shanny,jia huey dan junkeat.;)

Cikgu Chun said...

Sean, Shanny, Jia Huey dan Jun Keat,

Terima kasih....

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP