Monday, July 27, 2009

Mega Sale

Hari Sabtu lepas memang hampeh. Hampir 1 hari ketiadaan elektrik disebabkan oleh kerja2 pemasangan main power di bangunan baru sekolah aku. Apa lagi, 2 hari sebelum itu aku dah rancang mana nak pergi bagi mengelakkan berada dalam kepanasan di rumah. Mulanya bercadang nak ke Melaka coz lebih dekat, tapi bila dengar berita penularan virus H1N1 sangat teruk di Melaka, maka aku tukar plan….nak ke Kuantan pulak. Tp bila memikirkan nak ke Kuantan tu memakan masa yang sama jauhnya dengan ke KL, so baik ke KL terus. Lg pun aku aku tak biasa dengan jalan di sekitar Kuantan. Tengah hari aku bertolak ke KL. Sampai je aku terus ke Kg. Baru untuk lunch. Lepas tu pergi ke Sogo. Mak aaiii...ramainya org di Sogo. Agaknya bila dah start Mega Sales tu yg membuatkan org berpusu-pusu pergi membeli belah sebagai persiapan Hari Raya. Lg pun maklumlah, baru lepas gaji. Aku pun turut sama mengambil peluang utuk membeli pakaian kerja yang dioffer gila2!. Time ni lah nak pakai pakaian yg berjenama dengan harga yang murah (w/pun tipu je semua tu). Manakala org rumah aku hanya mendapatkan pakaian untuk menghadiri majlis konvesyen aku pada pertengah bulan Ogos ini. Lenguhnya kaki buat berjalan, tiap kali pergi shopping memang itu lah yg paling aku tak tahan. Lepas ke Sogo, aku ke Jusco Cheras Selatan pulak. Kali ni hanya pergi window shopping je, org rumah aku je yg beli. Semasa berada di Jusco, hari sudahpun malam, dah jam 8 lebih dah. On the way balik, aku singgah di Kajang, dah lama tak perkena Satay Kajang. Lamanya menunggu turn untuk mendapatkan hidangan coz terlalu ramai org. Hampir sejam menunggu baru dapat makan. Siap je makan aku terus bertolak balik. Jam 12 tgh malam baru sampai rumah. Terasa juga letihnya....

Mega Sale
Satay Kajang

0 comments:

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP