Dalam 2, 3 minggu kebelakangan ni aku sangat sibuk, nak up-date Blog dan laman web sekolah pun tak sempat. Sibuk dengan kerja kursus pelajar (PBS) serta sibuk dengan penyediaan laporan post-mortem peperiksaan pertengahan tahun. Belum lagi hilang kebas tangan menyemak soalan peperiksaan pertengahan tahun, guru2 dah kena menyiapkan soalan untuk penilaian kurikulum 3 pula. Bermula minggu ini PK 3 dah bermula...minggu depan mesti dah nak kena key-in markah. Rombakan jadual secara besar-besaran juga telah membuatkan guru semakin tertekan, termasuklah aku sendiri apabila terpaksa ”membasuh tahi” guru yang berpindah disebabkan lebihan guru di sekolah aku. Mana tidaknya, aku terpaksa kejar balik silibus pelajar tingkatan 1 dan 2 apabila guru berkenaan baru habis mengajar BAB 1. Punya lah bengang aku dibuatnya....sekarang dah masuk pertengahan bulan 7 tapi baru 1 stegah bab je dia mengajar!. Mati aku nak kejar balik sebelum peperiksaan akhir tahun...itu belum termasuk PBS tingkatan 1 dan 2 lagi. Apa yang dia buat selama ini aku pun tak tahu....Betul2 memeningkan kepala otak aku!. Untuk UPK 3 ini aku terpaksa memasukkan soalan Bab 1 sahaja untuk pelajar tingkatan 2 kerana itu je lah yang baru dipelajarinya. Minggu lepas semua guru terkejar-kejar untuk menyiapkan PBS pelajar masing2. Bermula pada minggu ini iaitu hari Isnin, pentaksir kawasan mula menjalankan tugasnya untuk membuat pemantauan PBS ke semua sekolah2 dalam daerah. Bermacam-macam masalah yang timbul dalam proses untuk menyiapkan PBS, dan yang paling utama ialah masalah ketidakhadiran pelajar. Minggu depan aku pula kena keluar memantau yang tinggal lagi 2 sekolah di bawah aku. Selepas itu aku kena menyiapkan kerja-kerja terakhir PBS Sains Pertanian pelajar tingkatan 5 pula. Walaubagaimanapun, mengajar subjek KHB lah yang paling letih dibuatnya. Kalau aku tahu punya lah penat mengajar mata pelajaran KHB ni, sumpah aku tak akan daftar sebagai course minor semasa di UPM dulu....
D' Rimba
2 years ago

14 comments:
RILEK AAA CHUN...AKU PUN BZ THP MGABAN GAK NIE, DAPAT SURAT PPD TARIKH HR NIE PASTU MINTA ANTAR DATA PUN HARI NIE...TAK KE GILA BABOON NAMANYA TU?...HEHEHE...APE2 PUN TERIMA KASIH LA COZ SIAPKAN SOALAN UTK UPK III, T JWPNNYE AKU CARI EA...
P/S : BIAR BENGANG...JGN BANGANG!!!
itulah guru...tapi heran ya, kat sekolah masih ramai guru2 yang bersenang2 dan bergoyangnan tangan dan kaki..lepak2 di kantin..sedangkan teman2 lain bagaikan tak cukup 24 jam sehari..renung2kan
John Doe,
PPD kita memang macam tu, selama aku keja kat sini memang dah tak terkira banyaknya terkena macam tu. Bukan PPD je, JPN pun sama. Agaknya ini lah moto depa yg dok canang2 tu... "ONE STEP AHEAD".
Imanshah,
Kalau sebut mengenai guru goyang kaki tu, memang boleh buat 1 posting lain...memang banyak sebab2 dan puncanya kenapa jadi begitu. Yg mana boleh buat keja, yg itu lah jadi mangsa...dan yg slalu kaki ponteng dan x buat keja, yg itu lah slalunya dpt keja sikit dan markah tinggi. Memang kena renung2kan tu... Org yg slalu buat keja blakang tabir dan pentadbir x nampak memang slalu jadi mangsa keadaan.
ssh yer jadik ckgu..huhu
sama la cikgu chun kt mana2 pun...kt skolah sy pun cam tu jugak...walaupun skolah rendah jer...ppd & jpn pun sama gak...mintak data sama ngan tarikh antar surat...biol dibuat nyer....
Begitulah guru2 yg komited terhadap P&P mereka. bagi mata pelajran Kh yg ada PBS memang la membebankan guru. Mana nak siapkan projek kayu, elektronik..dan lagi.... nak siapkan juga borang2 markah setiap calon..nak tanda dokumen yg dihasilkan pelajar..nak kemaskinikan fail pelajar... banyaknya kerja pengkeranian...Yg herannya ada "segelintir" guru yg meletakkan markah dalam borang penilaian individu, tapi dokumen tak ada.. projek xsiap.. kak Wann pun selalu bengang dengan anak2 buah yg fail pelajar nya entah kemana...
Noly,
Susah juga jadi cikgu ni kalau tak kena pada caranya... kadang2 memang bengang dibuatnya. Sabar je lah, sape suh jadi cikgu sangat kan... hehehe...
Cikgu Hasnah,
Entah lah cikgu... kalau kita kat sek buat keja macam tu, mau kena maki hamun dengan mereka, tapi kalau mereka sendiri yang buat x apa pulak. Pengrusan memang teruk, tapi bila datang observe kat sek bukan main lagi...tunjuk kuasa, bukan nak bantu.
Kak Wan,
A'ah, betul tu. Org yg x ngajar KH mereka tak akan tahu. Sama juga dengan pentadbir sy, dia selalu cakap "saya dulu pun ngajar KH juga". Kami buat tak tau je. Tapi zaman dia ngajar tu zaman tak ada PBS macam skrg ni, sudah jauh bezanya. Skrg ni sy tengah buat projek PBS yg SPM pulak, hujung bulan ni pentaksir kawasan dan ketua pentaksir negeri nak datang.....pening dibuatnya.
Salam,
Sabar tu kan separuh dari iman.Dan sesungguhnya pekerjaan sebagai pendidik tu satu pekerjaan yang mulia sebab tanpa guru dan tanpa sekolah maka tiada la kemajuan dan kejayaan yang kita kecapi hari ini.. betul tak?
P/s : Sometimes sebagai parent, saya pun naik angin gak ngan sesetengah guru ni.( tapi yang berkenaan je). bukan semua. Jangan ambil hati ye..
Kak Nora,
Ya, betul....
Eeerrr...bengang dengan guru? contohnya bengang dari segi apa tu?
Cikgu Chun,
Kalau nak ikutkan byk.. tapi kalau kita ikutkan pasti ia jadi masalah berpanjangan kan...
Cuma saya bagi satu je la... Guru yang tak mesra murid.( bagi tahap satu sekolah rendah ).
Kak Nora,
Guru yg tak mesra murid? eeee...faham...faham... entah lah, lain org lain perangainya kan. Biasanya guru disiplin je yg tak mesra murid ni.
Post a Comment