Toyol!. Sebut namanya pun sudah menggerunkan pendengar. Apatah lagi kalau kita tinggal berhampiran dengan org yg "membela" ataupun yang mempunyai toyol ni. Lagi lah gerun. Al kisah aku ingin menceritakan cerita (boleh jadi mitos) yang sudah heboh satu felda di tempat tinggal aku ini. Kalau org tak heboh aku tak kan berani nak bercerita, nanti takut dikatakan menfitnah pulak kan. Org yg didakwa membela toyol itu hanya tinggal betul2 depan kuarters aku je, itu yg bertambah gerun tu. Khabarnya, kisah ini dimulai oleh si tukang rumah yang pergi membuat rumah baru si pembela toyol tadi. Bila tukang rumah tersebut mendapat bayaran/gaji daripada tuan punya rumah tadi, tiba2 je duit tersebut hilang/tak cukup bila dia balik rumah. Aku tak tahu lah, mungkin juga dia silap kira kot...ataupun dia singah beli apa2 sebelum balik rumah dan selepas itu dia terlupa. Tapi aku pasti, kalau perkara ini was2 dan skali je terkena mungkin itu adalah silap dia sendiri. Tapi kalau dah banyak kali terkena, mungkin ada 'something wrong' kata Mat Salleh kan. Aku pun memang kenal benar org yg didakwa membela toyol tu. Dia pun pernah ke rumah aku dulu2 untuk berborak2. Tapi tiada apa pun yg pernah hilang kat rumah aku tu. Lg pun mungkin juga tiada apa yg nak diambilnya kerana aku ni bukan lah org kaya!. Walaubagaimanapun aku berharap sangat agar tomahan dan tuduhan masyarakat terhadap dia adalah tidak betul. Ini kerana tiada sesiapa pun yg pernah nampak dengan mata sendiri kelibat toyol berkenaaan, yang ada cuma duit yg hilang tiba2 je. So, org tuduh lah toyol... ditambah pula dengan rumah baru yg dibuatnya amat besar, setaraf banglo....lg lah kuat tuduhannya. Tapi dengarnya juga, dia mempunyai harta yg banyak di kg asalnya dan keturunannya adalah keturunan berada...so apa yg nak diherankannya kan.P/S: Petua untuk menghindari daripada duit dicuri oleh toyol: 1) Staple duit yg banyak2. Cthnya duit yg RM50. 2) Ikat duit dengan rambut.

8 comments:
nak kne staple duit.?ish ish
lagi 1 petua utk elakkan duit byk2 ilang dicuri toyol...SIMPAN DALAM BANK...HAHAHAHA....
Salam Ziarah...lihat cerita, e.toyol.com..ha gitulah agaknya
salam,
cerita2 cam ni boleh caye ke tak? Tapi ada juga org ckp, kalau tak nak kena curi ngan toyol, simpan duit dalam plastik, tak bleh ambil sbb licin.. tak tau la btul ke tidak..yang penting jgn sampai kita memfitnah org lain... berdosa tau.
Noly,
A'ah..org ckp nak kena staple lah coz Toyol x pandai buka. Mungkin zaman toyol tu wujud staple belum dicipta lg kot... :)
John Doe,
Toyol x boleh masuk bank ke?? dia kan spesis hantu, mana tau boleh masuk jugak.
Aidil Fadzil,
Nanti sy akan tengok URL tersebut. TQ
Nora,
Entah lah kak, sy sendiri pun tak pernah jumpa dengan toyol ni, dengar cerita je. Maybe ada lah tu kot... Lg 1 petua lah ni, simpan duit dalam plastik. Entah lah.... minta jauh lah menda2 mcm nie... A'ah, x elok menfitnah org lain kalau bukan kita sendiri yg nampak kan.
Post a Comment