Friday, June 26, 2009

Siapa Sangka....

Siapa sangka hari ini hari ini dunia dikejutkan dengan kematian Raja Pop, Michael Jackson. Saya bukan nak mengagungkan beliau, tetapi cuma ingin melahirkan rasa terkejut. Nampaknya seluruh talian internet untuk mengakses mengenai berita tersebut pun penuh sesak. Ini membuatkan saya teringat kembali semasa kematian Puteri Diana suatu ketika dahulu. Michael Jackson yang terkenal dengan lagu "Thriller" dan "Billie Jean,"itu meninggal pada usia 50 tahun dan mungkin juga meninggal dengan nama yang kurang enak disebabkan oleh skandal sexnya dengan kanak2. Walaubagaimanpun semoga rohnya bersemadi dengan aman....

P/S: Teringat kepada lagu-lagunya suatu ketika dahulu....

5 comments:

JOHN DOE said...

aku pun terkejut gak, tapi kalau kita berpegang pada ajaran Tuhan "setiap yg bermula pasti berakhir, setiap yg hidup pasti mati"...aku nie minat la jugak dgn MJ nie, lagu2nye, cd, vcd, aku beli (tapi yg pirate la, huhu)...yg pasti kematiannya menggemparkan dunia...ramai yg akan meratapi, tak kurang juga pasti ada yg bunuh diri...semoga rohnya Tuhan tepatkan di syurga...

Cikgu Chun said...

John Doe,

Ye la, yg hidup mesti akan mati juga akhirnya kan... aku pun ada juga koleksi lagu2 dia...tapi sama mcm ko lah, pirate jugak! kih kih kih... Nak beli yg ori, mahal sangat beb....!! Lbh baik beli nasi, boleh makan...

Iqone_Dinie said...

erm...terkejut gak sal kematian Mj tuh...aku kire fan die gak la..sal mase kecik2 dlu agi slalu tengok konsert MJ nie..hehe BEat it!!! beat it!!!....tapi da nak wat camne da lumrah dunia..setiap yg hidup pasti akan mati...

Cikgu Chun said...

Iqone_Dinie,

Ya lah, rasanya semua org kat dunia ni pun terkejut dengan kematian MJ ni... Tiba2 je dengar khabar dah mati coz baru ni je dengar khabar nak beli neverland baru setelah gagal mempertahankan Neverland Valley yg lama tu.

~~Noly said...

xterkejut..cume tersebut 'owhhhh'..

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP