Tuesday, June 23, 2009

Produktiviti Pekerja


Elton Mayo (1880 - 1949) (Prof.) et. al. mendapati:
  • Produktiviti berhubung secara langsung dengan kadar kerjasama kumpulan.
  • Tahap kerjasama dan kerja berpasukan berkait dengan peranan penyelia (mempengaruhi).
  • Semakin kurang pendekatan paksaan bagi peningkatan produktiviti & penyertaan bersifat kesanggupan pekerja.
  • Melihat organisasi pekerja sebagai sistem sosial.

Artikel ringkas oleh Prof. Elton Mayo ini saja je aku masukkan untuk share mengenai macam mana untuk melahirkan produktiviti pekerja yang bagus. Sebenarnya artikel ini sesuai untuk boss-boss je. Namun begitu, aku rasa tak salah jika kita mempelajari sesuatu perkara itu lebih daripada apa yang kita ada. Alangkah bagusnya kalau kita dapat mewujudkan suasana begini semasa bekerja di sekolah atau di mana2 tempat kerja kita...

6 comments:

nora said...

Pendapat saya :-
1. Produktiviti berhubung secara langsung dengan kadar kerjasama kumpulan.
- Totally right.Lebih penting kerjasama antara individu itu sendiri.Tiada kerjasama , maka tiada penyelesaian.

2. Tahap kerjasama dan kerja berpasukan berkait dengan peranan penyelia (mempengaruhi).
- Benar juga.sekiranya penyelia hanya berpandu kepada status semata2, orang bawahan akan merasa tertekan, jadi produktiviti akan kurang. Sebaiknya 70-30.Masa bekerja tunai tanggungjawab, masa bergurau kita anggap mereka teman. itu lebih baik. Jadi penyelia tidak akan kehilangan hak utk menegur pekerja sekiranya ada kesalahan tapi masih boleh menjadi teman sekerja yang mesra. hi..hi..

3. Semakin kurang pendekatan paksaan bagi peningkatan produktiviti & penyertaan bersifat kesanggupan pekerja.
- Melakukan pekerjaan harian berpandukan jadual atau susunan adalah lebih baik. ini tidak akan mewujudkan rasa terpaksa. Melainkan dah tugasannya jenis on-call. tak boleh buat apa2 la. dah tanggung jawab. sesungguhnya ia adalah satu amanah.

4. Melihat organisasi pekerja sebagai sistem sosial.
- Yang ini, saya kurang bersetuju, sebab jika kita umpamakannya sebagai sistem sosial bermakna para pekerja bebas melakukan apa saja di waktu berkerja, jadi ini adalah tidak sesuai dipraktikkan di negara kita yang para anak mudanya terlalu memilih kerja.Nak gaji yang besar tapi kerja yang senang. Penyudahnya kerja tak siap dan organisasi syarikat jadi kucar kacir.....

p/s : saya rasa artikel ini lebih sesuai ditujukan pada para pekerja dan anak muda yang baru mencari kerja .Bukan pada golongan bos-bos semata-mata. Senang cakap 50-50.. Jadi boleh fikir dan amalkan...

Cikgu Chun said...

Nora,

Wahh...panjang lebar ulasan Nora. Ke skrg ni memang kerja sebagai boss dah?? :).

Mengenai Melihat organisasi pekerja sebagai sistem sosial yang Nora kurang setuju tu mungkin bukan begitu maksudnya. Apa yang saya faham mengenai maksud tersebut ialah wujudnya satu ikatan kekeluargaan antara pekerja, dapat melahirkan satu suasana kerja yang lebih kondusif, wujudnya komunikasi sesama pekerja, komunikasi antara boss (pentadbir) dan juga pekerja bawahan serta adanya kerjasama antara pekerja... Ini seperti satu sistem sosial di luar bidang kerja lah. Apabila dapat menjadikan organisasi pekerja sebagai sistem sosial, maka sudah tentu kita akan bekerja dalam suasana yang lebih harmoni dan damai. Itu pada fahaman saya lah.

P/S: Saya setuju dengan Nora, artikel ini bukan untuk boss2 je sebenarnya, tapi blh diguna pakai oleh semua peringkat pekerjaan. Ini lah yang dinamakan Pengurusan Sumber Manusia.

nora said...

Cikgu Chun,

Saya pun makan gaji gak. masih ada insan bergelar bos atas saya..cuma saya mempunyai pekerja utk dijaga dan di selia. Jadi faktor2 tu mmg patut ada. Cuma seperti yang saya katakan yang keempat tu sekiranya sistem seperti itu dipraktikkan 100%, jadi akan timbul masaalah antara majikan, pekerja dan produktiviti. yang seeloknya amalkan sikap berkomunikasi yang berkesan dan mesra antara sesama kita...( tiga yang teratas sudah mencukupi). Itu pendapat saya sahaja dan berdasarkan pengalaman.

p/s : Jangan marah ye.. Saja nak bagi pendapat.

Cikgu Chun said...

Nora,

Isshhh.. jauh skali nak marah dong... wat apa nak marah2, kajian ni pun bukan saya yg buat. :) saya just nak kongsi je kalau ada yg menarik. Jika dapat dijadikan panduan, kita boleh cuba kan..jika tak sesuai, jadikan sempadan. Lagi 1 dia just listkan point2 je. So bergantung kpd pemahaman masing2 lah.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Cikgu Chun,

paling utama bagi saya,

"yang di atas" atau "yang di bawah" perlu dan saling menghormati "konsep kerja dalam organisasi",

komunikasi akan baik, sekiranya dua kelompok ini bagus dan tahu batasan hak masing-masing ...

Cikgu Chun said...

Salam Zulkifli,

Ya, betul tu. Kadang2 tu yg "di atas" pun kena jugak menghormati yg "di bawah"...bukannya yg di bawah je asyik menghormati yg di atas. Tapi hormat dalam batasan masing2 lah kan... Kita kena saling menghormati sebab kita tidak boleh berdiri seorang diri dalam sesuatu oraganisasi..mesti saling memerlukan juga.

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP