Saturday, June 27, 2009

Nasi Kerabu

Justify FullSeperti yang diketahui, nasi kerabu adalah berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Walaubagaimanapun, pada masa ini nasi kerabu boleh didapati dimana-mana negeri terutamanya di gerai2 pasar malam, pasar ramadhan ataupun semasa pasar tani. Pada hari ini sekolah aku mengadakan Hari Keusahawanan dan salah satu gerai yang dibuka ialah gerai jualan nasi kerabu dan laksam. Peniaganya pula ialah "mek2 Klate" blako, dan salah seorang daripadanya ialah wife aku sendiri. Sudah 2,3 hari nampaknya geng2 mereka bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan gerai jualan tersebut. Penat lelah mereka akhirnya berbaloi apabila nasi kerabu habis dijual dalam masa tak sampai 1 jam. Ada juga yang merajuk kerana tak sempat beli dan ada juga yang awal2 lagi dah tempah. Ini menunjukkan bahawa semua orang dah pandai makan nasi kerabu. Kalau dulu orang risau nak makan coz nasinya bewarna biru ..... nampak pelik. Tahniah kepada gerai "Klate Corner".


P/S: Ada masa aku akan masukkan cerita mengenai nasi kerabu Thai pulak, ataupun dalam bahasa Siam "Khaw Jam"....lagi pelik!.

9 comments:

mantan said...

mmmmmmmm sedapnya nasi kerabu...

nik awin said...

woooooooooh..buatkan saya begitu lapar.

~~Noly said...

birunyeee..semnggu sekali mesti mkn nasik krabu..hehe..best2

Cikgu Chun said...

Mantan,

Sedap jugak kalau kena pada waktunya. Di Kelantan biasanya nasi kerabu dimakan pada waktu pagi, iaitu untuk breakfast.

Cikgu Chun said...

Nik Awin,

Kalau lapar order ler kat warung sebelah rumah tu... :)

Cikgu Chun said...

Noly,

A'ah...terlebih pewarna kot sampai kan terlebih biru. Oh, suka jugak makan nasi kerabu ek...sampaikan sminggu skali mesti makan.

n@m@n said...

teringat nasi kerbau mak

n@m@n said...

kerbau pulak..kerabu daa

Cikgu Chun said...

Naman,

Ya, kita akan sentiasa merindui masakan emak kita kerana dari kecik lg kita makan masakannya. Tapi saya dah tak ada emak....

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP