Semalam aku menghadiri mesyuarat guru awal tahun 2009. Bermacam-macam perkara yang dibincangkan dan disampaikan oleh pihak pentadbir sekolah aku. Walaubagaimanapun, hanya terdapat 1 sahaja perkara yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh guru-guru...iaitu Manual Prosedur Kerja (MPK) 2009!! Ini kerana MPK tersebutlah yang akan menjadi panduan tugas utama guru-guru di sekolah. Jika banyak nama yang terdapat dalam MPK tersebut, bermakna banyaklah tugas yang akan dipikul olehnya!. Aku tidak terkecuali daripada bebanan tersebut. Pada tahun 2009 ini, aku mendapat satu lagi tugas baru dan ini bermakna tugas aku semakin bertambah daripada tahun-tahun sebelumnya. Daripada banyak-banyak tugas yang aku terima, hanya 1 tugas yang aku paling benci..iaitu membuat majalah sekolah! Masuk tahun 2009, dah 5 tahun berturut-turut aku membuat majalah sekolah dan ini juga bermakna separuh daripada keluaran majalah sekolah yang bermula dari tahun 2000 dikeluarkan oleh aku! Aku memang meminati bidang grafik, tetapi aku paling benci untuk mengumpul bahan-bahan dalam membuat majalah...tiada kerjasama di kalangan guru-guru dan sentiasa kena push AJK untuk mendapatkan bahan. Walaupun tahun ini bukan nama aku sebagai penyelaras, tetapi aku lah yang akan membuat majalah tersebut kerana penyelarasnya ialah isteri aku, begitu juga dengan 2 tahun sebelumnya. Selain daripada memegang tugas utama sebagai Ketua Panitia, Penyelaras ICT, Pentaksir Kawasan dan S/U Jawatankuasa Kurikulum Daerah, bermacam lagi bebanan lain yang terpaksa aku pikul. Waktu mengajar pun lebih kurang sama je dengan orang-orang yang kurang jawatan berat, dahlah kena mengajar subjek yang banyak kerja kursus. Kalau kerja lambat siap, kena marah lagi... Tengok MPK 2009 pun aku dah letih untuk 1 tahun! Harap-harap aku mendapat kekuatan baru untuk memikul bebanan melampau ini...
D' Rimba
2 years ago
