Saturday, January 23, 2010

Bubur Syura

Di Kelantan dan Terengganu, bubur syura atau lebih dikenali sebagai syuro' dalam dialek Kelantan cukup terkenal apabila tibanya bulan Muharram. Sewaktu zaman persekolahan saya dahulu di sekolah menengah, boleh dikatakan setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan majlis mengacau bubur syura. Ini berbeza dengan negeri-negeri lain terutamanya di pantai barat Semenanjung dan di Selatan tanah air kita, termasuk lah di negeri Johor dimana tempat saya mengajar sekarang ini yang lebih terkenal dengan bubur lamboknya. Jika di zaman sekolah dahulu, pihak sekolah akan menyediakan tidak kurang dari 12 kawah besar yang dipinjam daripada masjid/surau-surau berdekatan untuk membuat bubur syura dan pelajar-pelajar setiap tingkatan akan diagihkan jadual untuk mengacau syura dan pastinya pengalaman sedemikian tidak mudah untuk dilupakan. Dalam usaha untuk memperkenalkan syura kepada masyarakat negeri lain, maka inisiatif oleh pihak jawatankuasa kompleks rumah guru SMK Palong Timur telah diambil dengan menganjurkan majlis membuat syura versi Kelantan. Ternyata ramai yang berpuas hati dengan majlis tersebut dan segalanya berlajan lancar. Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada semua penghuni yang memberikan kerjasama baik.

Saturday, January 9, 2010

'Golok' Yang Patah...

Dalam cuti sekolah hujung tahun baru-baru ini, sempat juga aku berkunjung ke pekan Golok. Dalam dialek Kelantan, golok adalah sejenis parang. Sejak aku dilahirkan, ini lah kali pertama aku masuk shopping di pekan Golok dan kali ke 4 aku menjejakkan kaki di tanah Siam. Kali pertama dulu ialah semasa membuat lawatan ke Songkhla dan Hatyai. Kalau aku cakap yang aku tidak pernah ke sana, mesti orang akan cakap aku bohong, maklum lah aku cuma hampir sangat dengan sempadan Siam. Dalam keadaan huru hara di selatan Thai, maunya aku tak takut!. Seminggu selepas aku masuk shopping di Golok, sebuah hotel iaitu Hotel Marina telah dibom!. Ini tak tahu lah sudah kali ke berapa hotel Marina dibom, yang pastinya sudah 3 kali. Ternyata pekan Golok kini sudah lumpuh, tiada lagi rakyat Malaysia yang berduyun-duyun ke sana untuk membeli barangan murah. Jam 11 (am) lebih aku sampai di sana dan setelah 2 kedai aku masuki, kedua-duanya telah ’dirasmi’ oleh aku. Ini menunjukkan bahawa tiada seorang pun pelanggan yang masuk membeli barangan sebelum itu..sungguh kesian. Menurut tuan punya kedai, dia hanya harapkan pembelian borong daripada peruncit-peruncit, jika nak harapkan belian daripada orang perseorangan sudah tentu dia bankrap!. Walaubagaimanapun, pusat-pusat karaoke yang berbekalkan ’ayam-ayam’ Siam agak berlainan, perniagaannya agak stabil berbanding dengan penjual-penjual barangan biasa. Ini kerana masih ramai jantan yang sanggup menggadaikan nyawa mereka semata-mata untuk melepaskan gian masing-masing.

Antara pemandangan yang biasa di pekan Golok. Penunggang-penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dan jumlah motosikal memang banyak berbanding kereta.


Ini adalah pusat karaoke yang membekalkan ’ayam’ Siam sebagai santapan pengunjung-pengunjungnya. (nampak ayat PORN tu???)



Kelihatan salah seekor ibu ayam yang sedang menunggu pelanggan. Pagi-pagi lagi dah menunggu dah...


Ini pula ialah salah seorang maknyah yang aku jumpa.


Di sebelah Siam benda ni memang banyak sangat kelihatan. Kalau di tempat kita kebanyakannya hanya terdapat di Sabah dan Sarawak sahaja.


Yang paling aku respect dengan masyarakat Siam ni ialah mereka sangat taat dan menghormati Raja mereka. Jika anda ke sana, jangan lah cabul mulut untuk mengutuk Raja mereka, buruk padahnya nanti!.


Ini adalah pasar basah mereka. Pasar basah yang halal dan yang haram hanya terletak bertentangan sahaja.


Dah balik dah....kejap je pun aku masuk sana.


Friday, January 1, 2010

Tendang Menendang…

Sekarang ni guru di sekolah saya masing-masing ‘panas buntut’. Apa tidaknya, masing-masing tengah tunggu dan lihat siapa yang akan ’direject’. Kita terima cikgu baru yang dipindahkan ke sekolah kita dan kemudian kita reject cikgu sedia ada ke sekolah lain (mungkin itulah juga yang berlaku di sekolah-sekolah lain). PPD memang tahu mengenai lebihan guru di setiap sekolah dalam daerah, tetapi mungkin disebabkan mereka tidak mahu memindahkan guru keluar dari daerah sendiri (yang mungkin menyebabkan masalah lebih besar kepada guru), maka masalah ini timbul. Buat masa ini sekolah saya mempunyai lebihan guru seramai 5 orang. Maka yang akan ditendang keluar juga adalah seramai 5 orang. Sebelum ini kita tendang guru opsyen PJK, hari ini kita terima pula guru PJK...sebelum ini kita tendang guru BI, hari ini kita terima semula guru BI, sebelum ini kita tendang guru PI, hari ini kita terima pula guru PI... WALAUPUN sebenarnya kita tidak kekurangan pun guru-guru tersebut. Apa sudah jadi? Aku pun naik heran...naik pelik dibuatnya. Yang tukang terima, just say ’yes boss’ (walaupun dengarnya boleh tolak jika dah cukup kouta). Yang jadi mangsa keadaan ialah guru yang TERKENA tersebut!. Dalam 2,3 hari ni kita dengar mengenai rungutan guru yang tidak ditempatkan. Alasan KPM, guru akan ditempatkan mengikut opsyen dan opsyen yang paling kritikal buat masa ini ialah BI. Bagaimana dengan opsyen lain? Tunggu dan lihat. Hari ini keluar pula statment kurang bijak daripada KPM dengan menyalahkan IPT yang kononnya mengeluarkan guru yang tidak mengikut keperluan semasa dan ini berbeza dengan IPG. Saya cuma tersenyum membaca artikel tersebut.....kenapa sampai jadi begini? Bila berlaku lebihan guru, maka orang lain dipersalahkan. Sebelum ini tiada pula tuduhan sebegini dilemparkan. Nampaknya sistem pendidikan kita sudah jadi huru hara...macam-macam telah berlaku dalam sistem pendidikan sejak akhir-akhir ini. Jika nak diceritakan memang tiada nokhtahnya.

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2010 kepada semua rakan blogger!. Setelah sebulan bercuti tanpa mengadap internet, akhirnya dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk update blog yang sekian lama telah terabai. Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi, tetapi tak tahu dimana hendak dimulakan. Dalam soal kerja, tahun ini menampakkan sedikit perubahan dalam pengurusan ke arah yang lebih sistematik. Banyak juga perubahan-perubahan yang perlu dibuat oleh guru-guru di sekolah dalam memantapkan lagi urusan di sekolah…yang pastinya hari pertama sesi persekolahan bermula, proses p&p mesti dah berlaku, sama juga dengan tahun lepas. Soal agihan tugasan guru pun nampaknya agak seimbang, tiada yang terlalu berat dan tiada yang terlalu ringan…kalau ada pun mungkin seorang dua je. Waktu mengajar pula setakat ni masing-masing ringan, tidak melebihi 24 waktu seorang kerana berlakunya lebihan guru di sekolah saya.

Monday, November 23, 2009

Facebook

Jika dulu kita diulik oleh friendster dan IRC, tapi kini pengguna internet telah beralih kepada facebook (fb) pula. Akhbar BH semalam pun ada mengeluarkan artikel mengenai fb dan Malaysia menduduki tangga ke 9 di belakang Indonesia dalam senarai pengguna tertinggi fb dunia. Jika dilihat dalam kalangan rakan sekerja di sekolah aku sendiri, rata-ratanya mempunyai akaun fb (termasuklah aku sendiri). Pada zaman aku belajar di universiti dulu, aku paling suka chatting (IRC) dan masuk laman friendster, tapi kini aku lebih suka menulis dalam blog kerana boleh berkongsi idea, pandangan, dan memahatkan segala aktiviti aku dalam ruang siber ini. FB diasaskan oleh Randi Zuckerberg (Yahudi) dan kini beliau merupakan salah seorang yang paling berpengaruh di dunia dalam lingkungan usinya (24 tahun) dan individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Dengan jumlah pengguna yang hampir 300 juta orang (termasuklah PM Malaysia, Presiden AS dan Presiden Perancis), maka ia menjadikannya laman sosial yang paling popular di dunia pada masa kini (Blogger berada pada tempat ketiga). Apa yang ingin aku perkatakan di sini ialah, penggunaan fb ini ada kebaikan dan keburukannya dan disebabkan ini lah terdapat jabatan-jabatan dan pejabat kerajaan yang block laman fb. Mana tidaknya, setiap masa laman fb sentiasa on je dan ini akan menjatuhkan prestasi kerja kakitangan. Kebanyakan yang melayari laman fb bukanlah untuk berkongsi cerita atau pun pandangan, tetapi untuk bermain (game yang telah disediakan) seperti Mafia War, Farm Ville, Fish Ville dan sebagainya. Game ini yang akan mengasyikkan pengguna. Buat masa ini belum ada kajian yang menunjukkan sama ada penggunaan fb mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya. Apa kata anda??

Pengasas Facebook

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Pagi tadi suasana riuh rendah dalam bilik guru, macam pasar borong...bukan riuh apa, tetapi masing-masing sibuk untuk menyiapkan tugasan akhir tahun yang diminta. Aku pun salah seorang lah kerana selalu buat kerja last minute. Apa boleh buat, dah memang tabiat buruk aku...hehehe. Petang ini suasana sudah lengang. Ramai guru yang telah bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing....yang tinggal hanyalah yang terlibat dengan jadual bertugas SPM/STPM. Cuma aku sendiri yang masih belum mempunyai tarikh tepat bilakah akan pulang. Ini kerana aku terpaksa menyiapkan majalah sekolah terlebih dahulu sebelum pulang. Aku cuma bercadang untuk menghantarnya ke kedai sahaja, malas dah nak memikirkan idea untuk menyusun dan membuat design sendiri. Lagi pun design aku bukannya cantik sangat, sekadar nak melengkapkannya untuk menjadi senaskah majalah. Makin cepat aku siapkannya, maka makin cepat lah aku dapat pulang nanti. Rasanya sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung...aku nak merehatkan diri sepuas-puasnya di kampung nanti. Alangkah bestnya kalau aku dapat menyertai kengkawan pergi memancing di Tasik Kenyir awal Disember ini. Disebabkan pantang larang kerana isteri berbadan dua, so terpaksalah aku melupakan niat tersebut. Harap-harap next year aku dapat peluang lagi untuk pergi ke sana bagi kali ke-2.

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3 . Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil.
As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is20very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'

Mengenai Blog Ini

Blog ini diwujudkan bagi berkongsi isu-isu semasa dan berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli blogger yang lain. Saya sedia untuk menerima segala kritikan daripada semua pelawat sekiranya ada. Ini adalah kerana segala topik yang tulis adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengenai Saya

My Photo
Cikgu Chun
Berasal dari Bachok, Kelantan dan merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah FELDA di daerah Segamat. Suka mencari teman baru dan sedia berkongsi pendapat dalam apa jua ilmu untuk kebaikan.
View my complete profile

Welcome to My Website

  © Nukilan Seorang Pendidik SMK Palong Timur, Segamat 2009

Back to TOP